Kesempatan cuti, Haziq, mak sedara dan sepupu-sepupunya telah pergi ke taman permainan yang baru di bina di Melaka. Taman ini terletak betul-betul ditebing sungai Melaka. Walaupun ada beberapa jenis permainan sahaja, tapi Haziq tetap seronok untuk mencuba buaian pusing ala-ala eye on Malaysia. Tengok ajelah gambar2nya yang sempat dirakam. Mula-mula tu dia semacam pening dan agak takut dengan keriuhan orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut, tetapi lama kelamaan dia dapat membiasakan diri dan semakin teruja pula. Pada ketika ini, semasa entry ini ditulis, Haziq dah pandai baca doa makan. Walaupun sebutan tak berapa tepat, tapi ianya jelas. Setiap kali nak makan, pasti dia nak baca doa makan. Bila dah ramai berkumpul, dia jadi segan pula. Haziqpun dah pandai bilang 1-10 dalam bahasa Inggeris. Cepat dia menangkap apa yang di ajar oleh ayah dan ibunya. Selain menonton rancangan di saluran ceria seperti tom tom bak dan macam-macam aznil, dia juga suka tengok kartun transformers dan sponge bob. Terbaru, dia sukla dengan cerita seram seperti SAKA di TV3. Khusyuk dia tengok. Tengok bolehlah..bila sebut jer TONTONG ( nama hantu yang entah mana dia dapat ) dia kelam kabut lari. Ok...selamat melayan... | |
(Update via Fotopages - Jumaat 29.02.2008)
No comments:
Post a Comment