Selalunya setiap gambar Haziq dalam fotopages ini di ambil ketika dia balik ke kampung ibunya di Melaka, tetapi oleh kerana Mak Long, nenek, sepupu dan Pak Andaknya berkunjung ke rumah Haziq baru-baru ini, maka dapatlah ambil gambar Haziq dirumahnya sendiri. Tengoklah gambar Haziq dengan Mak Longnya tu. Sebenarnya dia kena 'gula-gula' dengan Mak Longnya. Itulah sebab dia 'sudi' nak dekat dengan mak Longnya. Mak Longnya dah berjanji untuk baha si Haziq pergi taman permainan pada petang itu. Itu sebab dia bermanja dengan Mak Longnya. Tapi pada sebelah petangnya pula hujan...si haziq ni tuntut janji dengan Mak Longnya. Jenuh juga nak berdolak dalih. Kalau nak tahu, Haziq paling takut dengan Mak Longnya ini. Kalau dia buat perangai je, ayah dan ibunya akan gertaklah untuk panggil Mak Longnya.... Tengoklah jari 'rock' yang baru dia belajar buat tu. Haziq memang Rock!!! | |
(Update via Fotopages - Selasa 18.03.2008)
No comments:
Post a Comment