Sunday, October 4, 2015



Alhamdulillah...sepanjang ketiadaan ayahnya, Haziq tidaklah meragam yang teruk-teruk dan penyakit lelahnya tidak 'mengganggu'. Diapun semakin jarang bertanya "Ayah ne?". Mungkin sebab leka bermain dengan sepupunya si Najwan bergusti. Sepupu yang lagi sorang tu (Mohammad Aman Taufiq) balik awal ke Melaka sebab rumahnya ada buat majlis kenduri.

Cuma dia suka buat perangai manja-manja dan nak perhatian lebih dengan ibunya. Contohnya bila waktu makan, dia nak lauk 'pedas' (Sambal dipanggilnya pedas), dan dia akan suruh ibunya gaulkan nasinya. Bila ibunya tergaul sekali dengan 'pedas' tersebut, dia mengamuk. Semua jadi tak kena.

Habis dia tumpahkan nasi. Merajuk. Nak pujuk bukannya senang. Kena sabar dan ambil masa. Terpaksalah ibunya letak nasi baru. Letak 'pedas' baru dan gaul nasi sahaja. Yang lauk 'pedas' tu dia akan gaul sendiri.

Dia juga asyik nak bermain basikal di luar rumah. Terpaksalah ibunya dan Najwan turut sekali pergi ke taman permainan di hadapan rumah. Kalau tak diikutkan nanti, kesian pula bila dia menangis tersedu-sedu.

Haziq juga tak mahu pergi ke rumah Mummy (panggilan untuk orang yang jaga Haziq bila ibu dan ayahnya bekerja). Hari pertama dan kedua semasa ayahnya tiada, menangis sakan dia tak mahu pergi. Tapi ibunya terpaksa juga hantar sebab kalau ditinggalkan dengan nenek dan Najwan masa ibunya tiada, takut nanti dia akan menangis nakkan ibunya. Kalau dirumah Mummy, Haziq akan menjadi anak yang paling sopan santun dan dengar kata sebab Haziq takut dengan Mummy nya.

Nenek dan Najwan telahpun balik ke Melaka pada 24/08/2008 setelah seminggu 'menemankan' Haziq dan ibunya. Najwan juga perlu ke sekolah. Cuti sekolah dah berakhir.

Pada 26-08-2008 lebih kurang jam 3 pagi, ayah Haziq telah kembali setelah hampir 10 hari berada di luar negara. Sampai sahaja..ayahnya terus mencium Haziq yang sedang lena tidur. Bila Haziq terjaga, rianglah dia melepaskan rindu dendam pada ayahnya. Hinggakan dia ajak ayahnya bermain dengan dia. Bermain pada pukul 3 pagi?! Biar benar si Haziq ini.?!

Hari ini, Haziq tidak dihantar oleh ibunya ke rumah Mummy. Haziq dan ayahnya melepaskan rindu masing-masing.

Berakhirlah penantian Haziq...mungkin 10 hari itu merupakan masa yang cukup panjang bagi si kecil ini.

Jom kita lihat pelbagai aksi Haziq ketika sedang membaca buku kegemarannya...

(Update via Fotopages - Rabu 26.08.08)

Haziq 'Berperang' Dengan Emosi



Pada 17.8.2008 jam 3.30 pagi semasa Haziq sedang lena tidur, ayahnya telah berangkat ke lapangan terbang Changi, Singapore untuk penerbangan jam 7.00 pagi ke Atlanta, U.S.A. Inilah kali pertama Haziq ‘berpisah’ untuk jangkawaktu yang lama (lebih kurang 9 hari) dengan ayahnya.

Perkara pertama yang dia cari bila bangun pada pagi ahad itu ialah ayahnya. Ialah, selalunya hari ahad, kalau ibunya berada di rumah...ayahnya mesti ada sama. Tapi kali ini, ayahnya tiada. Dan alasan yang ‘terpaksa’ diberi bila Haziq bertanya “ayah ne?” ialah.... ‘ayah kerja’.

Nasib baiklah 2 orang sepupunya yang bernama Mohd Najwan dan Mohd Aman Taufiq ‘diimport’ oleh ibunya untuk bermain dan sekaligus melekakan Haziq dari asyik ingatkan ayahnya. Tapi bila dia teringat akan ayahnya, pasti dia akan bertanya.

Yang meruntun hati semua, terutama hati ibunya ialah bila pada malamnya, Haziq memanjat sofa dan berpaut pada jeriji tingkap untuk melihat kalau-kalau ayahnya dah pulang. Perkara pertama yang dia tengok ialah tempat letak kereta ayahnya di seberang jalan. Sehinggakan cahaya kereta di seberang padang depan rumahnyapun dia ingatkan kereta ayahnya. Tidurnyapun lambat sebab ingin menunggu ayahnya pulang. Dalam usia yang hendak menjangkau 3 tahun pada 9-9 ini, apalah agaknya yang dia fikirkan??

Nasib baiklah malam sebelum bertolak, ayahnya telah meletakkan kereta dibelakang rumah supaya Haziq tak nampak kereta yang selalu digunakan oleh ayahnya dan menganggap ayahnya pergi kerja.

Pernah berlaku di mana, ayahnya menumpang kereta kawan sebab bateri keretanya ada masalah. Bila dia nampak kereta ayahnya ada, dia mencari seluruh rumah sebab dia rasa ayahnya tak pergi kerja.

Pada 18-08-08 lebih kurang jam 8.30 malam setelah hampir 2 hari Haziq tertanya-tanya ‘kehilangan’ ayahnya...,ayahnya telah membuat panggilan telefon. Dan anda saksikanlah sendiri pada klip video yang sempat dirakamkan. Bagaimana terujanya dia bila mendengar suara ayahnya dihujung talian. Malangnya...ketika sedang asyik merakamkan suasana hiba tersebut...memori kad pula penuh.

Sesungguhnya...rindu itu amat ‘sakit’ buat Haziq

(Update Via Fotopages - Rabu 20.08.08)

Enthusiasm Haziq




Wah..wah...beria-ia si haziq ni menyelak buku. Bersemangat sungguh. Tengoklah aksinya dalam klip tersebut. Asyik cakap '"nak tengok..tengok".

Sebenarnya dia nak tengok semula gambarnya. Selalunya lepas snap mesti dia nak tengok aksinya kembali. Bila ambil guna video mode pun dia nak tengok aje.

Yang kelakarnya, bila suruh berkasi...memang dia beraksi. Tapi aksi yang dia ikut semula. Heheheh...

17-8 ni, ayah haziq akan ke USA selama seminggu. Ibunya dah mula risau. Ialah, si Haziq ni bila bangun tidur sure cari ayahnya. Minggu lepas, ayahnya perlu ke KL untuk urusan Visa. Nak mengelakkan Haziq buat hal, terpaksalah ayahnya bertolak ke KL jam 2 pagi bila Haziq dah tidur. Masalahnya ialah, jam 4 pagi si Haziq terbangun. Dia tengok ayahnya takde, dia mulalah mencari. Ibunya kata ayah dah gi kerja...Haziq tetap kata ayahnya ada kat tingkat atas. Jenuh juga nak memujuk pagi-pagi buta tu.

Oleh kerana ayah Haziq takde selama seminggu nanti, kenalah ibunya 'import' nenek Haziq dari Melaka. Bukan apa, cuma takut Haziq di serang lelah semula bila ayahnya tiada nanti. Kalau neneknya ada dapatlah bantu apa yang patut.

Kebetulan minggu depan cuti sekolah, selain neneknya, mungkin mak long dan sepupu Haziq juga akan ke sana. Bolehlah temankan dia bermain dan lekakan dia dari ingat ayahnya nanti. Maklumlah orang tak pernah berpisah. Tapi yang ditakutkan nanti bukan Haziq yang demam rindu...ayahnya pula nanti makan tak lalu teringatkan anaknya di JB.

Apapun..semoga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah.

Jumpa lagi...

Update via Fotopages - Khamis 14.08.08)

Haziq - Proud To Be A kampong Boy (Finale)

Rasanya, entry kali ini biarlah gambar sahaja yang menceritakan segala-galanya. Gambar yang dia sedang beri ayam makan dan disebalik buluh itu merupakan gambar-gambar yang menarik.

Wajah seorang kanak-kanak yang hatinya masih bersih terpancar terus pada riak mukanya. Apapun minggu depan kita tengok klip video haziq yang lain pula.

Selamat Berhujung Minggu...

(Update via Fotopages - Jumaat 08.08.08)




Haziq - Proud To Be A Kampung Boy



Klip video ini dirakam khas ketika Haziq memberi ayamnya makan. Tengoklah gelagatnya yang bersungguh-sungguh nak tolong neneknya. Apa yang nenek dia buat, dia nak ikut. Sampaikan neneknya terpaksalah beri Haziq peluang merasai sendiri bagaimana nak beri jagung pada ayam.

Bila dah bagi kebenaran tu pula, dia tak tahu nak berhenti. Sampai kena jerit dengan Mak Longnya sebab dia main tanah lah pula. Dia nak kutip jagung-jagung kat tanah tu.

Mula-mula nak bagi ayam makan tu, dia pelik..kenapalah ayam tu mengejar Mak Long dan Neneknya? Lepas tu dia dok ralit tengok Neneknya bagi ayam makan. Nak tirulah tu nanti. Bila dapat peluang, tengoklah tangannya mengambil jagung. Bukan main tertib dan sopan santun. Ialah, takut jagung tu tecicir kot! Yang best, tengok cara dia campak jagung tu. Main hentam jer...Terkedek-kedek dia bawa jagung tu.

Bila dah syok, nenek pulak dah simpan jagung. Dia macam bengang sikit. Dok ulang alik kat tempat jagung tu. Nak buka sendiri lak tu. Oleh kerana kesian..neneknya bagilah peluang sekali lagi. Siap bagi contoh tu. Hehehe..tapi si Haziq tak sempat-sempat lak tu. Dok leka...tup-tup ada ayam dah dekat. Terkejut lah si Haziq....tapi masih maintain lagi tu....

Cara dia bagi makan..ayampun takut nak dekat. hehehe...Dah habis bagi..dia dok usha lagi jagung. Tak pueh-pueh lah tu. Tak dapat nak ambil jagung..dia ambil jagung yang kat tanah pulakkk. Gitulah kisah si Haziq..The Kampung Boy.

Kesempatan ini, kami ingin memaklumkan yang Haziq sedang demam agak teruk. Asyik berulang alik Hospital. Dia mengigil dan panas badannya tengah-tengah malam. Dia ada lelah dan tak boleh salah atau sebarang makan. Pada ketika kanak-kanak lain yang seusianya seronok menikmati ais krim, Haziq terpaksa melupakan hasratnya itu. Kadang-kadang dia menyebut juga tetapi ayah dan ibunya tak boleh menuruti kemahuannya kerana nanti dia akan menderita sakit. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Haziq dan agar dia cepat sembuh. Semoga Allah merahmati Haziq, Ibu Bapanya dan kita semua. Amin.

(Update via Fotopages - Jumaat 01.08.08)

Pic Haziq Dengan Ayam

Di kampung haziq ada 'kawan' barunya. Dia panggil kawannya - chicken. Selalunya dia berpeluang tengok kawannya itu dari tingkap dapur sahaja. Maklumlah, kalau dilepaskan nanti...entah mana-mana dia masuk. Silap haribulan dia masuk lam reban ayam nanti.

Kesempatan dapat 'green light' dari neneknya telah digunakan sepenuhnya oleh haziq. Malangnya time sibuk ayam tu nak makan, dia sibuk posing cekak pinggang. Apa lagi, bila dia cekak pinggang dengan secara tiba-tiba ketika ayam sedang berkerumun makan...maka terkejutlah ayam tu. Bertempiaran dan beterbangan lari. Si Haziq ni pula, bila ayam tu terkejut, diapun turut sama terkejut. Pucat juga mukanya.

Sudahnya, puaslah neneknya memanggil ayam tu untuk diberi makan kembali.

Bila dah kasi peluang 'beramah' dengan ayam, si haziq ni punyalah seronok. Sampaikan habis semua jagung nak dilambakkan. Tak boleh jadi penternak ayam si haziq ni. Ayam boleh mati kekenyangan jika haziq ambil alih jaga. Sabar je laa...

(Update via Fotopages - Isnin 28.07.18)



Haziq di rumah Mak Longnya



Ok, kali ini kita tengok pula keletah Haziq di rumah Mak Longnya. Kalau tengok betul-betul video ini, pada minit yang pertama tu nampak macam Haziq terpinga-pinga bila 'ditolak'. Kesian sungguh muka dia. Mungkin dalam fikiran dia, "kenapalah aku ditolak? Apakah salah aku?"

Sebenarnya dia ingat masa tu sedang ambil gambar dia. Seperti biasa, bila kamera di ajukan kepadanya, dia ingat pasti snap gambar dia. Tu sebab dia nak tengok.

Video sepanjang 3 minit 11 saat ini memaparkan Haziq menyanyikan lagi Pencinta Wanita. Tapi takat tu je lah dia menyanyi. Dia juga ada baca doa. Tapi doa yang tak penuh. Mungkin sebab dia sedang khusyuk tengok vcd Kung Fu Panda yang dibuka oleh sepupunya. Sebab itu dia tak concentrate.

Lemas bila asyik di suruh buat sesuatu...mungkin sebab bosan, kedengaran dia cakap "Dah..ukup" yang bermakna...sudah lah tu. Cukup-cukuplah suruh dia buat benda-benda yang dia dah tak mahu. Diapun letih nak melayan. Tension gak jadi budak-budak ni. Mungkin itulah yang dia fikir kot?. Wallahualam. Hehehehe.

Kedengaran juga dia menyanyikan lagu Ba Ba Black Sheep dan dia ucap Muahhh serta ayat I Miss U , I Love U

Selamat menjamu mata and telinga....


(Update via Fotopages - Selasa 22.07.08)

Apa XTVT Haziq di Kampung Ek?

Haa…gambar ini diambil masa Haziq balik kampung minggu lepas. Tengoklah gaya memek muka yang dia buat. Ada saja telatah atau gaya yang dia nak tunjukkan.

Banyak aktiviti yang dia lakukan sepanjang 3 hari dia berada di kampong neneknya di Melaka. Kali ini dia balik bawa basikal sekali. Basikal biru dia tulah. Entry lepas ada gambar dia dengan basikal tu. Sakanlah dia mengayuh dari luar terus ke dapur. Ruang besar, jadi dia bebas sikit nak beraksi dengan basikalnya tu.

Kebetulan malam dia balik tu (10-07-08) di astro kirana ada cerita seram Thailand yang bertajuk Dorm, bukan main tekun dia tengok. Tekun tu tak lah tekun sangat sebab ada jer benda dia nak buat. Time seram tu barulah dia khusyuk sikit. Benda yang dia nak buat tu ialah...main lampu suluh neneknya. He he he...

Dah hampir pukul 2 pagi, org lain semua dah tidur, dia belum tidur. Keluar masuk bilik dengan lampu suluh neneknya.

Sepanjang 3 hari dia di kampung, antara aktiviti yang dia buat...

1. Menziarahi Mak Long dan sepupunya yang baru buat minor operation.

2. Tukang kacau sepupu dan ibunya main Saidina. Bukan kacau apa, dia nak hembus dadu Pak Andaknya sebelum dibaling. Lepastu sibuk minta ibunya air kopi yang dah disediakan oleh mak Longnya.

3. Bagi makan ayam. Haaa, kali ini neneknya bagi peluang si haziq bagi ayam makan. Nantikan gambar-gambar dan klip video Haziq semasa dia ‘bermain’ dengan ayam neneknya. Tunggu......

4. Pergi Shopping di Family Store dengan Pak Andaknya. Yang bestnya, bila lalu jer dekat rak air ribena, dia kenal itu air ribena. Dia ambil satu. Lalu kat rak ubat gigi, dia tahu itu ubat gigi. Dia cakap..” Ni gosok gigikan!” Lalu kat rak penyembur nyamuk dia cakap…”Ni untuk nyamukkan!”. Dia cakap beria ia. Nasib baik dia tak ambil satu macam dia ambil air ribena. Kes Naya.! Bila pusing-pusing pasaraya tu, tiba-tiba kepala dia terlentuk dekat bahu. Itu tandanya dia dah tidur. Penat dia aktif sepanjang hari, lena dia di bahu.

5. Pagi Ahad dia ikut Pak Andaknya pergi beli sarapan. Selalunya kalau kereta berhenti jer, dia akan meluru keluar sendiri. Jadi kena cakap dengan dia baik-baik supaya dia tunggu untuk dibukakan pintu. Dia jawab..”Baik Bos” siap dengan tangan member tabik hormat. He he he.....

Itulah antara aktiviti Haziq ketika dikampung. Memang tak duduk diam. Aktiviti Tido..memang dia susah nak tido. Sanggup dia berjaga nak bikin huru hara. Hehehe.

Banyak juga gambar yang sempat dirakamkan. Gambar-gambar tersebut akan di siarkan pada entry yang akan datang.

Jumpa lagi...


(Update via Fotopages - Khamis 17.07.08)




Haziq Menyanyi Lah Pulak!!!



Haaa..ini video masih panas lagi. Video ini dirakam malam tadi (11-7-08) semasa Haziq dan keluarga dalam perjalanan ke rumah Mak Longnya untuk menziarah Mak Long dan sepupunya yang baru saja jalani Minor Operation.

Dalam perjalanan tu, dia suruhlah ayahnya buka vcd "Otomen". Tapi ayahnya bukakan VCD Nasyid kanak-kanak. Lekalah dia kejap. Nak ikut nyanyi, dia tak pandai/hafal lagi. Jadi, hanya part-part yang dia ingat jer dia nyanyi. Kirakan dia nak tunjukkan skillnya tu kat neneknya di sebelah tu lah.

Jom kita tengok.

(Update via Fotopages - Sabtu 12.07.08)

Haziq & Basikal Kesayangan

Haaa...inilah pic terbaru Haziq. Pic dengan basikalnya. Tapi gaya tetap sama! Peace to Haziq jugaklah. Mengikut kata ibunya, sekarang ni kalau dia nak minta susu dia akan cakap macam ni.." bu, bu, nak susu boleh tak?" Haa cam tulah gaya cakapnyer. Kalau ibu dan ayah dia kata tak boleh...dia akan menangkup seolah-olah merajuk.

Mana dia belajar nie? Hehehe...budak-budak...biasalah. Cepat terikut dengan kawan-kawan. Tengok je lah gambar tu....

(Update via Fotopages - Selasa 08.07.15) 



Haziq Yang Kuat Merapu!!!

Pasal apa Haziq kuat merapu? Sebabnya, bila dia cakap...laju semacam. Tak faham mana hujung mana pangkal. Dia main redah jer. Kalau cakap, macam org dah pandai cakap, tapi gelihati adalah. Hehehehe...yang paling best, bila ibunya suruh dia nyanyi lagu...dia memang nyanyi tapi merungut. Siap dia cakap... "Dahlah...Ukupppp". Maksudnya sudah cukup, dia tak mor nyanyi lagi.

Sekarang ni selain doa makan, dia dah hafal doa tidur. Kelam kelibutlah dia baca dengan nafasnya tercungap-cungap. Dia belum reti lagi nak amik nafas tang mana....ini kalau masuk akademi fantasia, awal-awal dah kena reject. Tak ikut melodi.

Layan...

(Update via Fotopages - Rabu 25.06.08) 





Lagi Video Haziq



Video ini diambil pada hari yang sama dengan video yang sebelum ini, cuma masa yang berlainan. Tengoklah lampu suluh nenek yang dia dok main tu. Nak tekan punat nyalakan lampu dia tak dapat sebab keras, dia suruh nenek dia tekankan dan dia bantai suluh muka orang dan dinding. Dah lah tu, dia nak tangkap cahaya yang terpancar di dinding tersebut. Dia pelik bila dia goyangkan lampu tu, cahaya tu bergerak.....

Layan jerrr...


(Update via Fotopages - Rabu 18.06.08)

Jom Tengok Haziq di YouTube


Gambar ini dirakam oleh sepupu Haziq (Nadiah) awal tahun 2008 ketika Haziq baru sahaja balik ke rumah neneknya di Melaka. Kerana nak tunjukkan skill nya tu, Haziq rela dirakamkan. Jom tengok!


(Update via Fotopages - Jumaat 13.06.08)

Haziq, Pensil Warna dan Drawing

Haaa....hujung minggu lepas ibu si Haziq naik angin dengan karenah si Haziq. Kenapa? Cerita dia camni....

Ayah si Haziq belikan Haziq buku mewarna dan juga pensel warna. Suka benarlah dia. Ialah, dapat meningkatkan kreativiti dia yang tak terbatas tu. Oklah tu....

Masa ibu si haziq naik tangga nak ke tingkat atas, dia ternampaklah pensel warna di tangga tu. Mestilah si Haziq yang punya kerja buat sepah. Takda budak lain lagi dah. Oklah tu....masa ibu si Haziq ni membongkok nak ambil pensil warna tersebut, tiba-tiba dia terpandang garis berwarna di dinding. Apa lagi...naik anginlah si ibu tu. Bukan dia warnakan buku, tapi habis dicontengnya dinding di tepi tangga tu.

Nak jadikan cerita, masa ibu si Haziq nak pusing, kakinya tak pijak anak tangga. Jatuhlah....terseliuh dan bengkak lah juga.

Itu satu hal..lepas tu si haziq yang konon-kononnya bangga dengan hasil kerja nya menconteng dinding, cakap kat ibunya.. " ada agi Bu..ada agi " Maksudnya ada lagi dinding yang dia conteng. Ibunya pun mintalah tunjukkan grafiti dinding yang telah dihasilkan. Rupa-rupanya, dia dah conteng dinding bilik. Bergaris berwarna warni. Hehehehe....

Nak cakap apa lagi? Itulah kreatif namanya. Rasanya semua budak macam tu. Sifat ingin tahu mereka begitu kuat maka dindinglah akan menjadi kanvas untuk merealisasikan apa yang difikirkan ketika itu.

Haziq....Haziq..... 

(Update via Fotopages - Selasa 10.06.08)




Haziq & Sepupunya

Entry kali ini pulak koleksi gambar Haziq dengan sepupunya. Tengok ajelah aksi-aksi manja miaw miaw nyer tu.

Bak kata ibu Haziq, sekarang nie Haziq suka cakap " oh sayanggggggggg kuuuu " dengan nada berlagu. Bukan main manja lagi. Kalau telefon si haziq ni pula, kita memanglah takda can nak bercakap. Untuk 5 saat [ertama jer dia akan jawab apa yang kita tanya..selebihnya tu dia merapu tak tahu hujung pangkal. Bab basikalpun dia masuk. Bab loripun dia masuk bila dia nampak lori.

Nak dikatakan, apa saja benda yang dia nampak masa dia tengah bercakap dalam telefon tu dia masukkan juga. Seronok pulak tu layan dia bercakap. Budak-budak punya cakap tahu je lah, pelat-pelat manja nyer tu.

Keh keh keh..... 

(Update via Fotopages - Thursday 05.06.08)