Pada 17.8.2008 jam 3.30 pagi semasa Haziq sedang lena tidur, ayahnya telah berangkat ke lapangan terbang Changi, Singapore untuk penerbangan jam 7.00 pagi ke Atlanta, U.S.A. Inilah kali pertama Haziq ‘berpisah’ untuk jangkawaktu yang lama (lebih kurang 9 hari) dengan ayahnya.
Perkara pertama yang dia cari bila bangun pada pagi ahad itu ialah ayahnya. Ialah, selalunya hari ahad, kalau ibunya berada di rumah...ayahnya mesti ada sama. Tapi kali ini, ayahnya tiada. Dan alasan yang ‘terpaksa’ diberi bila Haziq bertanya “ayah ne?” ialah.... ‘ayah kerja’.
Nasib baiklah 2 orang sepupunya yang bernama Mohd Najwan dan Mohd Aman Taufiq ‘diimport’ oleh ibunya untuk bermain dan sekaligus melekakan Haziq dari asyik ingatkan ayahnya. Tapi bila dia teringat akan ayahnya, pasti dia akan bertanya.
Yang meruntun hati semua, terutama hati ibunya ialah bila pada malamnya, Haziq memanjat sofa dan berpaut pada jeriji tingkap untuk melihat kalau-kalau ayahnya dah pulang. Perkara pertama yang dia tengok ialah tempat letak kereta ayahnya di seberang jalan. Sehinggakan cahaya kereta di seberang padang depan rumahnyapun dia ingatkan kereta ayahnya. Tidurnyapun lambat sebab ingin menunggu ayahnya pulang. Dalam usia yang hendak menjangkau 3 tahun pada 9-9 ini, apalah agaknya yang dia fikirkan??
Nasib baiklah malam sebelum bertolak, ayahnya telah meletakkan kereta dibelakang rumah supaya Haziq tak nampak kereta yang selalu digunakan oleh ayahnya dan menganggap ayahnya pergi kerja.
Pernah berlaku di mana, ayahnya menumpang kereta kawan sebab bateri keretanya ada masalah. Bila dia nampak kereta ayahnya ada, dia mencari seluruh rumah sebab dia rasa ayahnya tak pergi kerja.
Pada 18-08-08 lebih kurang jam 8.30 malam setelah hampir 2 hari Haziq tertanya-tanya ‘kehilangan’ ayahnya...,ayahnya telah membuat panggilan telefon. Dan anda saksikanlah sendiri pada klip video yang sempat dirakamkan. Bagaimana terujanya dia bila mendengar suara ayahnya dihujung talian. Malangnya...ketika sedang asyik merakamkan suasana hiba tersebut...memori kad pula penuh.
Sesungguhnya...rindu itu amat ‘sakit’ buat Haziq
(Update Via Fotopages - Rabu 20.08.08)
No comments:
Post a Comment