Haa…gambar ini diambil masa Haziq balik kampung minggu lepas. Tengoklah gaya
memek muka yang dia buat. Ada saja telatah atau gaya yang dia nak tunjukkan.
Banyak aktiviti yang dia lakukan sepanjang 3 hari dia berada di kampong
neneknya di Melaka. Kali ini dia balik bawa basikal sekali. Basikal biru dia
tulah. Entry lepas ada gambar dia dengan basikal tu. Sakanlah dia mengayuh dari
luar terus ke dapur. Ruang besar, jadi dia bebas sikit nak beraksi dengan
basikalnya tu.
Kebetulan malam dia balik tu (10-07-08) di astro kirana
ada cerita seram Thailand yang bertajuk Dorm, bukan main tekun dia tengok. Tekun
tu tak lah tekun sangat sebab ada jer benda dia nak buat. Time seram tu barulah
dia khusyuk sikit. Benda yang dia nak buat tu ialah...main lampu suluh neneknya.
He he he...
Dah hampir pukul 2 pagi, org lain semua dah tidur, dia belum
tidur. Keluar masuk bilik dengan lampu suluh neneknya.
Sepanjang 3 hari
dia di kampung, antara aktiviti yang dia buat...
1. Menziarahi Mak Long
dan sepupunya yang baru buat minor operation.
2. Tukang kacau sepupu dan
ibunya main Saidina. Bukan kacau apa, dia nak hembus dadu Pak Andaknya sebelum
dibaling. Lepastu sibuk minta ibunya air kopi yang dah disediakan oleh mak
Longnya.
3. Bagi makan ayam. Haaa, kali ini neneknya bagi peluang si
haziq bagi ayam makan. Nantikan gambar-gambar dan klip video Haziq semasa dia
‘bermain’ dengan ayam neneknya. Tunggu......
4. Pergi Shopping di Family
Store dengan Pak Andaknya. Yang bestnya, bila lalu jer dekat rak air ribena, dia
kenal itu air ribena. Dia ambil satu. Lalu kat rak ubat gigi, dia tahu itu ubat
gigi. Dia cakap..” Ni gosok gigikan!” Lalu kat rak penyembur nyamuk dia
cakap…”Ni untuk nyamukkan!”. Dia cakap beria ia. Nasib baik dia tak ambil satu
macam dia ambil air ribena. Kes Naya.! Bila pusing-pusing pasaraya tu, tiba-tiba
kepala dia terlentuk dekat bahu. Itu tandanya dia dah tidur. Penat dia aktif
sepanjang hari, lena dia di bahu.
5. Pagi Ahad dia ikut Pak Andaknya
pergi beli sarapan. Selalunya kalau kereta berhenti jer, dia akan meluru keluar
sendiri. Jadi kena cakap dengan dia baik-baik supaya dia tunggu untuk dibukakan
pintu. Dia jawab..”Baik Bos” siap dengan tangan member tabik hormat. He he
he.....
Itulah antara aktiviti Haziq ketika dikampung. Memang tak duduk
diam. Aktiviti Tido..memang dia susah nak tido. Sanggup dia berjaga nak bikin
huru hara. Hehehe.
Banyak juga gambar yang sempat dirakamkan.
Gambar-gambar tersebut akan di siarkan pada entry yang akan datang.
Jumpa lagi...
(Update via Fotopages - Khamis 17.07.08)
Sunday, October 4, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment