Tuesday, January 5, 2016

Keputusan Peperiksaan Haziq

Haaa...kalau budak-budak yang ambil SPM tahun lepas sibuk dengan keputusan masing-masing, Haziq juga tak kurang sibuknya. Tapi dia taklah sampai tak tidur malam...dia belum tahu lagi perasaan kecewa atau sedih dengan keputusan peperiksaan. Yang dia tahu...tersengeh je lah.

Inilah keputusan peperiksaan pertama dia...dapatlah dia 6A 1B. Tang B tu ialah nyanyian. Kalau nak ikutkan Haziq nie suka menyanyi....tapi dia main redah je lah..tempo entah kemana..lirik dia ikut suka. Memang patutlah pun dapat B. Kalau gaya nyanyian...gerenti dia dapat A. Keh keh keh.

Apapun TAHNIAH lah haziq ek. Teruskan usaha...yang penting ayah dan ibu Haziq perlu bekerja keras untuk tanamkan semangat dan minat suka membaca suapaya dah besar nanti bolehlah jadi Pilot.

Kenapa Pilot? Sebab Haziq ni suka tengok kapal terbang. Mungkin dia nak bawa kapal terbang tu di udara nanti..siapa tahukan??!!  


Update via Fotopages - Sabtu 28.03.2009

Haziq Menunjukkan Skillnya Berenang & Menyelam

Selesailah sudah Family Day ke-2 buat keluarga besar Haziq. Semua perancangan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Banyak aktiviti yang dibuat seperti acara pantai ( main baling tin, polo pantai, cap keli cap. aeiou dan semestinya acara mandi manda). Lepas acara pantai, semuanya makan tengahari di tepi pantai sambil menyambut hari lahir 6 ahli keluarga yang jatuh pada bulan Mac. Di samping itu ada juga persembahan bacaan sajak oleh 2 orang sepupu haziq bernama Siti Amirah dan Nazirah.

Petangnya pula...dalam pukul 4.00 bermula acara di kolam renang. Ada beberapa permainan di buat seperti polo air, cap kelicap, lawan dukung. lawan berenang, lawan menyelam dan mcm-mcm lagilah. Haaa..time inilah si Haziq menunjukkan skillnya berenang.

Tengoklah klip videonya tu...walaupun pakai pelampung..nak juga dia menyelam dengan membenamkan mukanya. Banyaklah air kolam yang dia terminum. Hehehehe...takpalah Haziq..janji haziq enjoy. Dah mengigil sampai gigi terketar-ketarpun dia masih nak juga mandi dalam kolam.

Malamnya pula acara bbq di tepi pantai. Walaupun lepas mandi kolam petangnya dia tertidur keletihan, tapi dia nak juga join bbq. Antara yang dibakar ialah sotong, udang, kepak ayam, ikan siakap, ikan cencaru, otak-otak, sosej, daging kambing.

Begitu begini...lebih kurang pukul 11.00 selesai bbq dan semua naik ke apartment masing-masing untuk tidur. Esoknya awal2 lagi dah beli sarapan nasi lemak, kuih dan roti canai. Lepas sarapan...semuanya terjun kolam semula.

Pukul 12.00 tengahari...semuanya dah siap sedia nak balik...Dalam perjalanan pulang, konvoi sebanyak 7 buah kereta singgah di pantai peranginan Teluk Kemang untuk makan tengahari.

Haziq pula terus ke rumah neneknya untuk tidur semalam lagi. Isnin pagi, Haziq serta ayah dan ibunya pergi ke Seremban untuk menziarah nenek sebelah ayahnya yang ada di rumah bapa saudaranya di Seremban.

Begitulah antara aktiviti Haziq yang mencuri tumpuan dengan keletahnya.


Update via Fotopages - Selasa 17.03.2009



Family Day Kali Ke 2

Sabtu dan Ahad ini, seluruh keluarga Haziq ( lebih kurang 35 orang ) akan berkumpul di Port Dickson untuk menyambut hari keluarga buat kali ke-2. Masa Family Day kali pertama dulu, dibuat pada June 2005. Masa tu Haziq ada, tapi dalam perut ibunyalah. Ketika itu ibunya sarat mengandung. Kali ini juga, ibu Haziq mengandung adik haziq pula.

Memang nak buat setiap tahun, bercuti ke destinasi menarik beramai-ramai, tetapi nak kumpulkan kesemuanya memang satu perkara yang bukan mudah. Yang dah bekerja, yang belajar di IPTA, yang sekolah...yang keluar daerah (out station), yang ke luar negeri...jadi nak berkumpul serentak amatlah sukar.

Inipun ada 6 orang ahli keluarga tidak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab yang memang tidak dapat nak dielakkan.

Yang si haziqnya pula, ayahnya dah belikan google. Maklumlah, haziq dengan air memang tak dapat dipisahkan. Dia seronok main air. Bila dah beli ggogle..dia bantainya berenang dekat ruang tamu rumah. Dia bermain dengan daya imaginasinyalah...ada ombak....ada pasir. Kuak lentang, meniarap..semua dia balun. Excited sangatlah katakan.

Port Dickson...here Haziq Comes


Update via Fotopages - 12.03.2009





b, c & d

Pada 19/2/09 yang lepas, Haziq telah dikunjungi oleh Mak Long, Nenek, Pak Andak, sepupunya Shahril, Nabil dan Najwan. Mereka ni datang secara mengejut tanpa memberitahu keluarga Haziq terlebih dahulu.

Sampai sahaja di rumah Haziq, kepalanya tengah ditampal 'cool fever'. Rupanya dia demam. Alahai..siannya. Tapi bila dia nampak sepupunya Najwan dan nabil datang, demam dia terus kebah. Mulalah bergurau senda.

Esoknya pagi-pagi lagio dia dah merengek dekat ibunya yang dia tak mahu pergi sekolah. Ialah, dia dah ada kawan bermain, dah mula dia malas nak pergi sekolah. Tapi ibunya kata kena pergi juga. Menangislah juga dia. Sayu juga tengok.

Akhirnya dia pergi juga sekolah, walaupun dalam keadaan yang tak berapa nak suka. Dalam pukul 3 petang, si ibunya pergilah dengan Najwan dan nabil untuk ambil si Haziq dari sekolah. Tapi cikgunya kata..si Haziq nyenyak tidur dari pukul 1 lagi. Dia masuk sekolah pukul 11.00 pagi. Pukul 1.00 dia dah bantai tidur. Mungkin sebab dia letih bermain berkejaran dengan sepupunya. Tulah dia terlena.
Tapi bila dah masuk dalam kereta...dah terbeliak semula mata dia.

Sekarang ni Haziq tak tak boleh nak di'ugut' lagi. Dia dah mula ada pendirian. Pendirian apa? Haa..tengok perbualan telefon antara haziq dan pak Andaqnya...

Pak Andaq : Assalamualaikum Haziq..dah balik sekolah ke?

Haziq : Dah, Haziq makan kopok ni..ayah beli

Pak Andaq : Nak sikit..boleh tak?

Haziq : Suruhlah nenek beli...

Pak Andaq : Ooo..kedekut ek. Tak naklah kawan..

Haziq : Kawanla...

Pak Andaq : Tak naklah kawan..

Haziq : Ala...kawan la...

Pak Andaq : Tak nak..

Haziq : Tak nak cudah...(dia letak gagang)

Hehehe...camtulah dia sekarang. Lepas letak gagang dia mengadu kat ibunya yang Pak Andaq dia tak nak kawan dengan dia.

Apapun tengoklah tulisan b, c dan d si Haziq.



Haziq - His First 'A'

Hehehehe...tengoklah huruf 'A' pertama si Haziq. Sekali pandang macam akar ginseng pun ada. Tangan belum tegap lagi pegang pensil. Tapi pic kedua...not bad kan.

Yang penting ini merupakan satu permulaan dan pendedeahan yang baik sejak awal usia 3 tahun lagi. Kita dulupun masuk sekolah umur 5/6 tahun. Untuk budak berumur 3 tahun macam Haziq...dia punya A tu satu yang berseni.

Kita tunggu...'akar' apa lak dia buat untuk huruf selepas ini. Hehehehe 


Update Via Fotopages - Rabu 11.02.2009


Gambar Haziq Di Sekolah

Ni nak belajar ke nak jadi model sekolah tadika ni?

Haaa...inilah gambar terbaru haziq di sekolah yg sempat diambil oleh ibunya. Tercapailah hasratnya untuk ke sekolah. Cuma nak naik bas ke sekolah sahaja belum dapat lagi. maklumlah, pergi dan balik ibunya yg jenput. Kempunanlah si haziq tengok bas sekolah lalu depan rumahnya.

Sekarang ni Haziq suka bertanya. Bukan tanya apa..cuma dia akan buat soalan untuk setiap jawapan yang dia tanya. Contoh bila dia tanya Pak Ndaknya dalam telefon...

Haziq : Pak Ndak Kat mana?

Pak Ndak : Kat kejelah...kat office...

Haziq : Nak cakap ngan nenek..

Pak Ndak : Nenek kat rumahlah...

Haziq : Rumah kat mana?

Pak Ndak : Rumah kat kampunglah...

Haziq : Kampung kat mana?

Pak Ndak :
Kampung kat Melaka lah..

Haziq : Melaka kat mana?

Pak Ndak : Melaka...kat..kat.. Sudahlah Haziq...banyak tanya lah Haziq niee...!!

Haa..macam tulah dia akan bertanya. Dia akan ambil ayat akhir dan buat soalan baru. Jenuh gak nak melayannya...

Jangan dia tanya macam-macam kat cikgu tadikanya sudahlah....Pengsan cikgunya nanti! 


Update via Fotopages - Isnin 09.02.2009



Haziq Dah Mula Sekolah

Wah...awal usia lagi Haziq dah ke sekolah. Jom kita baca coretan ibu Haziq mengenai telatah Haziq....
Hari ini first day haziq ke sekolah... daripada malam sibuk dia kemas beg sekolah dia... tapi tu lah dalam beg sekolah tu dia masukkan mainan, buku2 cerita nabi, buku ABC, little lamb dia dimasukkan sekali. Bukan itu sahaja, remote tv pun dimasukkan jugak.. macam2 benda yang dimasukkannya. Sebelum ke sekolah tadi terpaksalah check balik bag dia. Takut2 mainan yg dibawanya ke sekolah... heheehehehe

Oklah first day dia hari ni. Dia memang ghairah nak sekolah.. tak menangis pun walaupun ditinggalkan. Harap2 semangat sekolah dia tu biarlah sampai bila2.. takut jugak budak2 ni cepat jemu... Apapun doakanlah Haziq supaya jadi anak yg SOLEH, BERIMAN, BIJAK DAN PANDAI...

Aminnnn.


Begitulah antara coretan ibu Haziq mengenai telatah Haziq. 


Update via Fotopages - 02.02.2009