Alhamdulillah...sepanjang ketiadaan ayahnya, Haziq tidaklah meragam yang teruk-teruk dan penyakit lelahnya tidak 'mengganggu'. Diapun semakin jarang bertanya "Ayah ne?". Mungkin sebab leka bermain dengan sepupunya si Najwan bergusti. Sepupu yang lagi sorang tu (Mohammad Aman Taufiq) balik awal ke Melaka sebab rumahnya ada buat majlis kenduri.
Cuma dia suka buat perangai manja-manja dan nak perhatian lebih dengan ibunya. Contohnya bila waktu makan, dia nak lauk 'pedas' (Sambal dipanggilnya pedas), dan dia akan suruh ibunya gaulkan nasinya. Bila ibunya tergaul sekali dengan 'pedas' tersebut, dia mengamuk. Semua jadi tak kena.
Habis dia tumpahkan nasi. Merajuk. Nak pujuk bukannya senang. Kena sabar dan ambil masa. Terpaksalah ibunya letak nasi baru. Letak 'pedas' baru dan gaul nasi sahaja. Yang lauk 'pedas' tu dia akan gaul sendiri.
Dia juga asyik nak bermain basikal di luar rumah. Terpaksalah ibunya dan Najwan turut sekali pergi ke taman permainan di hadapan rumah. Kalau tak diikutkan nanti, kesian pula bila dia menangis tersedu-sedu.
Haziq juga tak mahu pergi ke rumah Mummy (panggilan untuk orang yang jaga Haziq bila ibu dan ayahnya bekerja). Hari pertama dan kedua semasa ayahnya tiada, menangis sakan dia tak mahu pergi. Tapi ibunya terpaksa juga hantar sebab kalau ditinggalkan dengan nenek dan Najwan masa ibunya tiada, takut nanti dia akan menangis nakkan ibunya. Kalau dirumah Mummy, Haziq akan menjadi anak yang paling sopan santun dan dengar kata sebab Haziq takut dengan Mummy nya.
Nenek dan Najwan telahpun balik ke Melaka pada 24/08/2008 setelah seminggu 'menemankan' Haziq dan ibunya. Najwan juga perlu ke sekolah. Cuti sekolah dah berakhir.
Pada 26-08-2008 lebih kurang jam 3 pagi, ayah Haziq telah kembali setelah hampir 10 hari berada di luar negara. Sampai sahaja..ayahnya terus mencium Haziq yang sedang lena tidur. Bila Haziq terjaga, rianglah dia melepaskan rindu dendam pada ayahnya. Hinggakan dia ajak ayahnya bermain dengan dia. Bermain pada pukul 3 pagi?! Biar benar si Haziq ini.?!
Hari ini, Haziq tidak dihantar oleh ibunya ke rumah Mummy. Haziq dan ayahnya melepaskan rindu masing-masing.
Berakhirlah penantian Haziq...mungkin 10 hari itu merupakan masa yang cukup panjang bagi si kecil ini.
Jom kita lihat pelbagai aksi Haziq ketika sedang membaca buku kegemarannya...
(Update via Fotopages - Rabu 26.08.08)