Sunday, August 2, 2015

Haziq ke Disnyeland?!

Apa perkembangan terbaru Haziq? 

Haziq dah pandai baca surah Al-Fatihah. Walaupun ada ayat yang dia lompat dan ada pelatnya, tapi dia dah pandai baca Al-Fatihah. Tahniah Haziq. Belum lagi mencecah 3 tahun dah ada keinginan nak belajar. Tapi pelik juga, si haziq ni bukan reti duduk diam...entah macamanalah ibu, ayah serta nenek sebelah bapanya nak mengajar dia membaca tu??? Tapi budak-budak ni cepat mengikut. Itu sebab masa dia kecillah kita perlu ajar benda-benda yang baik. Satu lagi, si haziq rajin mengikut ayahnya sembahyang. Tekun dia ikut sebelah. 

Haziq bercuti ke Disneyland?? Poyo jer si haziq nie. Betulker? Sapa yang bawa dia makan angin ke Disneyland Los Angeles tu?? Apapun kita tengok ajerlah gambar-gambarnya tu??!!!


(Update via Fotopages - Selasa 29.04.2008)




Pelbagai Aksi Haziq

Haziq sekarang dah dibelikan basikal baru. Tak duduk diamlah dia dengan basikalnya tu. Maknanya pintu rumah perlu sentiasa berkunci, kalau tidak...entah mana dia bawa pergi basikalnya nanti. Pantang lepa jer... 

Jom kita tgk aksi si haziq dalam pelbagai memek muka dan mood.


(Update via Fotopages - Sabtu 19.04.2008)




Lagi Pics Haziq Di Putrajaya

Masih lagi gambar Haziq di Putrajaya. Gambar Haziq dengan sepupunya dan gambar candid semasa dia sibuk dengan aktiviti memanaskan badan bermain-main di Putajaya dan gambar Haziq dengan ayahnya.

(Update via Fotopages - Isnin 12.04.2008)




Haziq 'Menjajah' Putrajaya

Pada 22-03-2008 tempohari, sempena dengan Majlsi Pertunangan Sepupu Haziq, maka rombongan sebanyak 7 buah kereta telah menyerbu Putrajaya. Sambil menunggu rombongan lain datang berkumpul, maka Haziq serta sanak saudaranya 'menawan' Putrajaya.

Tengok sajalah gambar yang sempat dirakam sebaik je sampai. Semua sibuk nak berjalan dengan Haziq, termasuklah dua orang sepupunya di dalam gambar itu yang bernama Mohammad Aman Taufiq dan Mohd Nabil.

Jenuh juga nak kawal si Haziq ni bila dia dah lepas bebas. Habis semua dia nak jelajah. Panjat situ, duduk sana, pegang itu, lari sana. Sampaikan kolam di sanapun dia nak terjun. Terpekik semua ahli rombongan. Kes naya kalau dah kuyup. Itupun masa nak ke Majlis tu, terpaksalah ayah dan ibu Haziq tukarkan dia dengan pakaian baru. Ermm...alahai...

(Update via Fotopages - Sabtu 05.04.2008)




Pose Istimewa Haziq

Entry kali ini khas menampilkan gambar Haziq dalam pose yang istimewa. Ialah, kalau dah dari kecik asyik kena ambil gamEbar, dah besarpun kalau nak pujuk dia dari buat hal, ajaklah dia ambil gambar...macam-macam gaya dia boleh buat. 

Tapi yang jenuhnya, setiap kali lepas ambil gambar, dai nak tengok masa tu juga gambar yang dah diambil. Nasib baiklah guna camera digital..senanglah nak tayang semula gambar yg diambil. 

Beginilah wajah Haziq pada usianya 2 tahun 6 bulan. Layan...


(Update via Fotopages - Jumaat 28.3.2008)