Thursday, March 23, 2017

Lagi Gambar Di Mekah & Madinah

Alhamdulillah, dari berita yang diterima, keadaan Haziq dan keluarga di Madinah semuanya baik-baik. Cuacapun okay. Lebih kurang macam Malaysia. Maklumlah, kalau cuaca tak menentu atau sejuk, bimbang pula dengan kesihatan Haziq. Semoga mereka sekeluarga terus dilindungi olehNya.

Bab bergambar, Haziq dari kecik memang dah biasa dengan kamera. Walaupun dah naik jemu tapi masih lagi boleh memberi pose bila disuruh bergambar. Aisyah pula, ikut mood. Kadang-kadang nak suruh bergambar atau senyum memang payah. Lebih-lebih lagi bila 'pagar' depan baru jer dicabut sebelum menunaikan umrah. He he he...

Jom tengok gambar-gambar mereka



















Sunday, March 19, 2017

Gambar Di Mekah

Setelah lebih kurang 6 hari Haziq dan keluarga berada di Mekah, barulah dapat kiriman gambar mereka sekeluarga. Alhamdulillah, mereka semuanya sihat. Esok mereka akan bertolak ke Madinah pula.

Si Comel pula dah semakin selesa berada di Melaka. Dah berani nak keluar rumah dan semakin berselera makan.

Semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah dengan jiwa yang tenang.















Wednesday, March 15, 2017

Selamat Menunaikan Umrah

Haziq dan keluarga telahpun selamat menunaikan umrah pada 14.03.17. Sewaktu entri ini ditaip, mereka telahpun selamat membuat umrah wajib. Alhamdulillah, semuanya telah dipermudahkan oleh Allah...




Sebelum mereka sekeluarga berlepas ke sana, sempatlah juga mereka balik ke Melaka memberi 'sesuatu' untuk dijaga sepanjang mereka mengerjakan umrah.

'Sesuatu' yang dimaksudkan ialah si Comel, kucing kesayangan Aisyah & Haziq.

Baru sehari mereka tinggalkan si Comel...dua-dua merana sebab rindu. Si Comel macam tak bermaya bila tak digomol oleh Aisyah seperti kebiasaannya. Aisyah juga macam takder mood bila kelibat si Comel tak der.



Itulah reaksinya selepas sehari berpisah. Si Comel di Melaka..manakala Aisyah pula di Johor sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Hanya doa yang dapat dipanjatkan pada Allah agar mereka dan para jemaah yang lain dapat menunaikan umrah dengan hati yang tenang dan moga ibadah mereka diterima olehNya.


Monday, February 27, 2017

TAHNIAH Haziq....

Sekalung TAHNIAH diucapkan buat Haziq yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK 2016. Peperiksaan ini telah diambil oleh Haziq pada bulan Oktober 2016 selama 4 hari.. 

Keputusannya pula diumumkan secara rasminya pada 15 Februari 2017. Tapi, untuk tahun 2017 ni, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui keputusan dengan lebih cepat dan pantas iaitu dengan membuat semakan secara online. Semakan sms juga disediakan.

Jadi....seperti biasa, yang lebih berdebar dan tak sabar nak tengok keputusan tentulah ibu bapa perlajar. Jadi, kemudahan semakan online telah digunakan sepenuhnya oleh ibu Haziq. Walaubagaimanapun, debaran mengambil keputusan tetap ada pada Haziq kerana ibunya merahsiakan keputusan yang diperolehi sehinggalah Haziq melihat sendiri slip keputusan tersebut.

Tahniah sekali lagi Haziq. Sekarang kena fokus pada UPSR pula.







Insya Allah, pada 14.03.2017 nanti Haziq dan keluarga akan menjadi tetamu Allah. Mereka akan mengerjakan umrah.

Selamat Menunaikan Umrah...
Selamat Menjadi Tetamu Allah
Semoga Dipermudahkan Segala Urusan
Diberikan Kudrat Dan Kesihatan Yang Baik Sepanjang Berada Di Tanah Suci
Semoga Mendapat Umrah Yang Mabrur
Dan
Selamat Pergi Dan Selamat Kembali


Majlis Watikah Perlantikan - 22.01.2017

22.01.2017 - Hari yang bersejarah untuk warga pelajar Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz, khususnya untuk Haziq. Pada majlis tersebut, secara rasminya perlantikan ketua-ketua pelajar dalam pelbagai disiplin telah dibuat.

Tahniah untuk Haziq kerana telah terpilih untuk menjadi Ketua Pengawas bagi sessi 2017. Semoga dengan perlantikan ini, Haziq dapat belajar banyak perkara terutamanya dari segi kepimpinan dan disiplin. Semoga Haziq dapat menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan cemerlang.

Sebagai pengawas Haziq perlulah selalu menjaga imej diri dan menunjukkan teladan yang baik dan seterusnya mempengaruhi semua pelajar supaya kekal berdisiplin. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan Haziq setiap masa.

TAHNIAH sekali lagi. Semoga Haziq sentiasa bersikap positif dan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Jom kita tengok sekitar majlis tersebut.

video


video













Wednesday, January 4, 2017

01.01.2017 - Tahun Baru...Sekolah pun bermula...

Belum lewat rasanya nak ucapkan Selamat Melangkah ke Tahun Baru 2017. Tahun yang penting buat Haziq kerana tahun ni dia bakal menduduki peperiksan UPSR. Dengar cerita, Haziq nak fokus kepada pelajaran tahun ni. Betuke Haziq?

Tahun ni Haziq dilantik sebagai pengawas sekolah. Alhamdulillah...semoga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Maka dengan itu, sebagai tugasan pertama di hari pertama sessi persekolahan 2017, Haziq telah dipilih untuk membacakan doa dan ikrar pada perhimpunan pertama. 

Alhamdulillah, tugas dilaksanakan dengan baik.

Aisyah pula bagaimana? Dah tahun dua dah rupanya. Kena makan banyak2 supaya cepat besar seiring dengan usia. Hehehe...

Semoga perjalanan mereka dipermudahkan....

Jom tengok sekitar hari pertama persekolahan sessi 2017











video


video video