Thursday, January 23, 2020

2020 - Tahun Ke -3 di Imtiaz

Sebut 2020, perkara pertama yang terlintas adalah WAWASAN 2020. Masa WAWASAN 2020 ini dilancar atau diumumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-6 pada tahun 1991, Haziq lom ada lagi.

Tapi apa yang pasti, tahun 2020 ini Haziq akan menduduki PT3. Masih lagi di SM Imtiaz Ulul Albab, Melaka. Dah jadi senior dah. Haziq semakin selesa dengan suasana dan kawan-kawan di sana. Tiada lagi kedengaran untuk bertukar sekolah seperti pada awal-awal kemasukannya ke sana.

Awal tahun, pelbagai program yang telah diarur oleh pihak sekolah. Program yang dikenali sebagai Ihtifal Imtiaz 2020. Lebih kurang macam program 'perjumpaan besar' untuk pelajar-pelajar sekolah. Antara programnya seperti yang dikemaskini pada FB page sekolah ialah Kalam Jamaie (Macam Choral Speaking). Selak punya selak gambar-gambar yang dikongsi, terjumpalah gambar Haziq...
Meh tengok..






Dah semakin tinggi kan? Yer...besar dah. Suarapun dah pecah. Hehehe...

Hari kedua Ihtifal Imtiaz pula iala Merentas Desa. Memang syoklah sebab melalui jalan kampung-jalan kamlung dan rumah-rumah penduduk berdekatan. SM Imtiaz memang dikelilingi oleh rumah-rumah orang kampung.


Menang atau kalah, belakang kira. Yang penting lepas merentas desa...kita tangkap gambar....

Sebelum cuti sekolah tahun lepas, gambar Haziq juga terpampang di FB page sekolah sebagai promo untuk menarik pelajar baru...




Bila dia dah pakai baju Tae Kwan Donya..terus teringat keletah dia masa kecil-kecil dulu...



Masa....ia sangat pantas meninggalkan kitakah atau kita yang lambat???

Semoga 2020 ini terus bersinar buat kita semua.