Monday, May 7, 2018

Program Akhi Siri 1

Sempena cuti Hari Pekerja pada 01.05.18 yang lalu, Unit Pengurusan Hal Ehwal Pelajar SMK Imtiaz telah melaksanakan program Akhi bagi semua pelajar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan keakraban silaturrahim bersama keluarga.

Untuk Siri 1 ini, setiap pelajar akan membawa pulang kawan duduk bersama. Untuk siri 1 ini, Haziq kena bawa kawannya balik ke rumah. Oleh kerana rumah cuti hanya sehari sahaja, tidak praktikal rasanya untuk bawa kawan-kawannya ke Pasir Gudang, maka Haziq telah memilih rumah neneknya yang dekat jer ngan sekolah. He he he

Oleh kerana ada yang ganjil, jadi Haziq kena bawa 2 orang kawannya iaitu Arman dan Iqal. Sepanjang program, pihak sekolah dah tetapkan aktiviti yang perlu dilakukan. Cuma antara aktiviti tersebut ada masa senggang yang boleh digunakan untuk aktiviti kekeluargaan.

Pada 30.04.18, lepas Dzuhur aktiviti menonton wayang Avengers : Infinity War. Memang rianglah budak budak ni nengok cerita superhero yang masih hangat lagi di pawagam. Dengan sorang satu pop corn dan air, bukan main sembang lagi mereka dalam wayang.



Lepas keluar wayang...kepuasan di wajah mereka

Malamnya, makan malam di Restoren Nasi Ayam Gemas di Cheng, Melaka. Memang lapar kot sebab si Aqil sampai tambah nasi ayamnya. Si ARman pula minta nasi goreng kosong yang tiada dalam senarai menu. AKhirnya dia ikut Haziq makan nasi goreng kampung extra pedas dan tak nak sayur.



Lapar....

Balik, lepas solat Isya', Haziq terus tidur...keletihan. Manakala si Arman dan Aqil sambing tengok DVD.

Hari kedua....lepas solat Subuh, mereka bersarapan menu tipikal orang Melayu. Nasi lemak, roti canai, samosa dan mee goreng. Tapi kerana suasana kampung yang tenang dan damai, membuatkan sessi bersarapan mereka jadi seronok. Walaupun malu-malu tapi si Aqil tetap juga bertambah roti canainya.



Sarapan Time...

Lepas bersarapan, mereka bertiga menyidai baju. Walaupun agak kekok tapi skill sebagai pelajar asrama tu dah ada. Cuma nak gilapkan lagi jer dengan membuat banyak latihan.





Menyidai dan bersidai...

Lepas aktiviti menyidai baju, aktiviti membersih kawasan halaman rumah nenek. Menyapu halaman rumah dan membakar sampah-sampah kering.






Macam Sernok Jer...

Aktiviti ni panjang sikit. Mana taknya, bila pergi hantar sampah ke belakang rumah dengan kereta sorong, nak pergi berdua. Bila pergi, ambil masa lama pulak tu. Bila dirisik-risik rupanya mereka pi kejar ayam dengan kereta sorong. Kih Kih Kih....

Lepas sapu sampah, mereka bertiga bersiap untuk ke Pantai Pengkalan Balak pula untuk mengambil udara pantai yang segar. Malangnya hanya sekejap sahaja dapat keluar kerana hujan telah turun dengan lebatnya.





Dah Macam Kembar 3

Petang, selepas Dzuhur mereka bertiga di bawa ke Mydin Pulau Sebang untuk membeli apa yang patut sebagai bekalan ketika di asrama. Selepas tu menjamu selera Nasi Ayam Kicap Pedas di medan selera Mydin. 




Sedap...

Petang, selepas Asar, sebelum berangkat ke asrama, sempatlah juga bergambar dengan Nek Mun selaku tuan rumah yang menjaga segala kebajikan mereka sepanjang dua hari satu malam mereka di sana. Terima Kasih Nek Mun....



Semoga Program Akhi Siri 2 nanti akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Haziq akan menjadi tetamu pula di rumah salah seorang dari rakannya di atas.

Jumpa Lagi....