Tuesday, February 23, 2016

Cuba Lagi....

Salam...

Untuk Kejohanan Taekwondo Sport Excel NSC-Milo-TM National Senior & Junior Circuit 2016 yang baru berlangsung tempohari, Haziq telah tewas dalam pusingan pertama dan secara automatiknya tidak layak untuk ke pusingan seterusnya.

Lumrah dalam setiap pertandingan. Ada menang dan ada kalah. Ini merupakan kejohanan terbesar yang Haziq pernah sertai. Tentunya banyak pengalaman yang dapat dikumpul. Inilah yang lebih berharga. Kemenangan adalah satu bonus, tetapi pendedahan dalam acara yang besar juga merupakan satu titik permulaan untuk berjaya pada masa hadapan. Teruskan usaha.

Jom kita imbas antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang penglibatan Haziq dalam Taekwando.










Wednesday, February 17, 2016

Haziq Wakil Johor...

Alhamdulillah...semenjak Haziq menyertai kelab Taekwondo, inilah berita yang boleh dianggap sebagai berita yang membanggakan. Hari ini (18.02.2016) Haziq akan berangkat ke Perlis untuk menyertai Kejohanan Taekwondo Sport Excel NSC-Milo-TM National Senior & Junior Circuit 2016.

Tapi ada satu masalah....berat badan. Haziq perlu menjaga berat badannya supaya tidak terlebih dan tidak layak menyertai kategori dia. Masa sessi timbang tu hari, berat badannya dah melebihi 600gram Sir nasihatkan untuk menurunkan berat badan untuk kejohanan nanti. Semoga berat badannya okay.

Semoga hasil usaha dia selama ini mula 'berbuah'. Tapi kemenangn tu hanyalah bonus, yang paling penting pendedahan dan pengalaman yang akan dia perolehi dalam menyertai kejohanan yang besar. Ini semua akan mematangkan dia secara tidak langsung.

Semoga semua urusannya dipermudahkan. Selamat pergi Haziq. Berjuanglah......doa kami sentiasa mengiringimu....






Thursday, February 11, 2016

Akhirnya....

Alhamdulillah....akhirnya selesai juga memindahkan semua data 'My Journey Begins' (MJB) dari fotopages ke BlogSpot. Bukan satu kerja yang mudah sebenarnya kerana catatan MJB telah mula dibuat pada hari Jumaat (08.12.06) dan terakhir ialah pada Isnin (13.04.15). Jumlah entri pula lebih kurang 225 dgn jumlah gambar sebanyak 504 keeping.

Sebab utama pemindahan dibuat ke BlogSpot adalah kerana Fotopages selalu sahaja tidak boleh dibuka. Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang lagi maka inisiatif diambil untuk memindahkan MJB ke medium yang lebih mesra pengguna dan mudah dikendalilan.

So, inilah entri permulaan yang menggunakan masa sebenar. Banyak juga catatan MJB yang perlu dikemaskini semula kerana hamper setahun tiada catatan baru dan banyak perkara yang telah berlaku yang melibatkan Haziq terutamanya dan juga Aisyah.

Gambar tidak menjadi masalah kerana ada tersimpan, cuma penceritaan berkenaan gambar tersebut sahaja yang mungkin perlu diingat semula.

Sebenaranya MJB ini dibuat khas untuk Wan Haziq, supaya setiap momen istimewa dalam hidupnya dapat dirakamkan sebagai kenangan. Diselitkan juga kisah adiknya Wan Aisyah. Kalau nak buat lagi satu lagi MJB khas untuk Aisyah...tak terkejar rasanya.

Sekarang Haziq dahpun darjah 5. Tahun ni umur dia 11 tahunlah manakala adiknya Wan Aisyah dahpun melangkah ke darjah 1. Sampai satu tahap nanti, MJB ni akan menjadi milik Haziq dan dia akan menulis sendiri perjalanan hidupnya...Insya Allah. (Kalau dia berminat....). Buat masa sekarang ni, masih terlalu awal...

Okaylah....sebagai permulaan, nak belanja satu pic terbaru Haziq dan Aisyah....






Hari Sukan

Pada 12.4.2015 sekolah Haziq telah membuat beberapa acara saringan untuk acara sukan tahunan sekolah. Untuk hari ini, Haziq memasuki acara saringan lompat jauh dan lontar peluru bagi rumah Biru.

Untuk acara lontar peluru, haziq tidak dapat untuk menempatkan dirinya dikelompok terbaik tetapi untuk acara lompat jauh, Haziq telah berjaya mencatatkan lompatan terbaik untuk pasukan Biru.

Haziq sebelum ini memang tidak pernah menunjukkan kecenderungan dirinya dalam bidang sukan olahraga (selain tae Kwan Do) tetapi sejak tahun lepas, bakatnya dapat dicungkil.

Semoga Haziq dapat merangkul pingat untuk rumah sukannya pada tahun ini.

Go Go Haziq.... 

(Update via Fotopages - Isnin 13.04.15)





Cuti Sekolah

Dah lama tak menulis tentang Haziq. Banyak aktivitinya yang terlepas untuk dicoretkan. Bukannya tiada masa, cuma site ni kadang-kadang tak dapat dibuka. Itulah yang menjadi masalah utamanya. Oklah, kita lupakan pasal tu.

Untuk tahun 2015 ni, Haziq dahpun berada pada tahun 4 dan kebetulan pula Ibu haziq mengajarnya subjek Matematik. Yang menjadi masalahnya, si Haziq asyik tersasul memanggil ibu dalam kelas. Mungkin kerana masih baru dan merupakan pengalaman kali pertama ibunya mengajar dikelasnya. Lama-lama nanti akan menjadi biasalah tu.

Cuti penggal pertama bulan March tu hari, Haziq dan adiknya telah dibawa bermain di taman tema Angry Bird. Seharian dia berada di situ. Sampai muaklah dia orang bermain semua permainan yang disediakan. Mereka enjoy.

Bila dah terlalu lama bermain...adik Haziq si Aishah mulalah keletihan. Dia boleh landing dekat lantai kawasan tersebut. Ermm..alahai

Jom tengok gambar2 mereka ketika di sana. 

(Update via Fotopages - Isnin 30.03.15)






Haziq No. 1

TAHNIAH. Hari ini, sempena kejohanan tertutup Tae Kwan Do Sekolah Sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang, Haziq telah muncul sebagai juara.

Setelah bertarung 4 pusingan dengan lawan yang berlainan, akhirnya Haziq masuk akhir dan berjaya bergelar juara.

Tahniah sekali lagi dari kami sekeluarga....

(Update via Fotopages - Ahad 14.09.14)



Happy Birthday Haziq - 9

9 tahun yang lalu, pada 09.09.2005 seorang bayi lelaki yang comel telah selamat dilahirkan. Nama yang diberi adalah Wan Haziq. Hari ini, 09.09.2014 genaplah usianya 9 tahun. Masih lagi comel dan semakin matang seiring dengan usianya.

Masa sangat cepat berlalu. Masih terbayang lagi keletah aktifnya semasa kecil dahulu. Tak reti nak duduk diam. Ada sahaja yang dia nak lakukan.

Sempena hari lahirnya yang ke 9, kami semua doakan agar Haziq sentiasa dalam RahmatNya. Menjadi hamba yang patuh pada perintahNya, anak yang soleh pada kedua ibu bapanya dan sebagai manusia yang sihat akal, fikiran dan badan serta berjaya dalam kehidupan. Amin....

Selamat Hari Lahir Yang ke-9 Wan Haziq...semoga sentiasa berada dalam lindunganNya.

(Update via Fotopages - Rabu 10.09.14)




Haziq & Cuti Merdeka


Sempena cuti Merdeka yang agak panjang tempohari, Haziq dan keluarga telah meluangkan masa menikmati malam kemerdekaan di bandaraya JB. Kalau bab berjalan, gerentilah Haziq dan Aisyah suka bebenor.

Kebetulan pula pada hari yang sama Nenek, Pak Ndak dan dua org sepupunya (Aman dan Najwan) mengikuti rombongan syarikat tempat Pak Ndaknya bekerja ke Legoland dan makan malam di restoren Singgah Selalu. Memang Haziq dan Keluarganya melalui kawasan restoren tersebut tetapi oleh kerana kesuntukan masa, maka tidak dapatlah bertemu. Ibu Haziq tersangatlah ralat kerana kalau dia tahu awal-awal, pastinya dapat atur masa untuk berjumpa walau sekejap.

Aisyah pula, seminggu dua ni dah mula pandai nak gunakan Lipstick bila nak ke sekolah tadikanya. Bila dia dah pakai tu, siapa-siapa yang minta cium, tak dapatlah sebab dia akan jaga bibirnya tu. Hahaha..dah pandai melawa anak dara sorang ni.

Inilah gambar terbaru mereka dua beradik. Selamat Hari Merdeka....Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...

(Update via Fotopages - Ahad 17.09.14)




 


Jemputan Raya

Tahun ni haziq agak sibuk sikit di sekolah. Banyak jemputan raya yang perlu dia dan kawan-kawan kompang & qasidahnya penuhi. Hinggakan ke Batu Pahat memenuhi jemputan. Sudah tentu diringi oleh ustaznya.

Kalau dulu masa kecik2, dia suka tengok orang berkompang. Balik rumah, habis tin biskut menjadi mangsa dibuatnya kompang. Dipukulnya sekuat hati asalkan ada bunyi...walaupun entah apa irama dimainkan. Tapi kini, bunyinya tak sumbang lagi.

Semoga Haziq menjadi generasi Al-Quran yang serba boleh. Insya Allah.

(Update via Fotopages - Isnin 18.08.14) 




 

Selamat Hari Raya 2014

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini Haziq beraya di kampung ibunya di Melaka. Dua hari sebelum raya, dia dan keluarganya sudah berada di Melaka.

Seperti biasa, kemeriahan hari raya dikampung memang tarasa bila semua sepupu sepapat Haziq balik berkumpul. Bila dah ramai tu kemeriahan memang dirasai apabila kecil besar..tua dan muda sama-sama tolong menolong buat lemang, rendang kerang, semeblih ayam kampung, cabut bulu, kupik kulit kerang dan bermacam-macam lagi kerja yang boleh dilakukan.

Oleh kerana ramai dah berkumpul, tahun ini buat pertama kalinya berbuka puasa dibuat secara buffet. Senang dan tidak banyak guna pinggan mangkuk. Selepas berbuka, semuanya berkumpil untuk sembahyang berjemaah isya' dan takbir hari raya, Selepas takbir, acara bertukar-tukar hadiah dan pemberian hamper dilakukan.

Tahun ini haziq terpilih sebagai salah seorang penerima hamper kecemerlangan yang dinilai melalui kemenangannya dalam Tahfiz Muda tempohari. Tahniah haziq.

Pada pagi berikutnya semasa sessi bermaaf-maafan, haziq telah buat kejutan sekali lagi apabila telah memberi sampul raya kepada adik beradik ibunya serta neneknya. Mengikut kata ibunya, duit hasil kemenangan sebagai Tahfiz Muda telah diperuntukkan sebahagiannya untuk sampul raya kerana Haziq telah berniat untuk melakukannya. Alhamdullillah....Haziq berkongsi kemenangannya dengan semua...

Pada raya ke-2, haziq dan keluarganya menziarahi keluarga sebelah bapanya di kedah pula....Begitulah serba sedikit cerita raya Haziq pada tahun ini...

Jom tengok gambar raya haziq....temanya Oren......

(Update via Fotopages - Ahad 03.08.14)







 

Al-Hafiz Muda

Pada 13.07.2014 yang lalu, pihak sekolah telah memberi surat ibubapa Haziq mengenai pemilihan Haziq untuk pertandingan Al-Hafiz yang akan diadakan pada 16.07.2014. Peserta yang terplih semuanya hebat-hebat belaka. Ini bermakna Haziq kena ingat semula apa yang telah dihafal dari darjah 1.

Bila dah dapat surat tu, seperti biasalah Ibu Haziq yang akan seram sejuk. Mulalah dia suruh haziq ulangkaji semula hafalan untuk kukuhkan daya ingatan. Tapi macam biasa juga...Haziq kata dia letih...maklumlah bulan puasa. Hehehe...

Majlis bermula jam 5.00 petang...dan keputusan diumumkan selepas solat sunat Terawih. Ada 3 surah yang disoal kepada setiap peserta. Untuk haziq, dua surah pertama dia menjawab dengan
lancer. Hafalannya bagus. Untuk surah yang ketiga, yang bermula dari tengah,...10 saat yang pertama dia agak terkedu...mungkin untuk mengingatkan kembali surah yang mana. Alhamdulillah..selepas tu dia lancar membaca. Agak panjang juga surah tersebut.

Akhirnya haziq dinobatkan sebagai Johan Al Hafiz Muda. Alhamdulillah.....berkat kesungguhan. Semoga menjadi Hafiz suatu hari nanti. Insya Allah.

Kebetulan pula tarikh kemenangan Haziq iaitu pada 16.7.2014 bersamaan dengan tarikh lahir Aisyah yang ke 5 tahun dan juga tarikh Atok Daut meninggal 16 tahun yang lalu yang pastinya kalau atok Dautnya masih hidup akan turut berbangga dengan Haziq.

Apapun...TAHNIAH untuk Haziq....HAPPY BIRTHDAY YG Ke 5 Buat Aisyah dan AL-FATIHAH untuk Atok Daut Bin Hj. Abdul Ghani.

(Update via Fotopages - Khamis 17.07.14)






Haziq Menyerlah

Semalam (22.06.14) Kejohanan sukan sekolah haziq melabuhkan tirainya. Rumah Biru telah menjadi juara keseluruhan. Tahniah buat rumah Biru. Haziq juga adalah ahli dalam rumah biru dan turut menyumbangkan pingat untuk rumah sukannya.

Haziq telah mendapat 3 pingat. 2 emas dan 1 gangsa. Tahniah Haziq. Walaupun Haziq ada asma...Alhamdulillah, dia berjaya juga merangkul emas untuk acara lompat jauh. 1 emas dan gangsa pula dalam acara larian.

Ibunya pun tak menyangka Haziq kuat lariannya. Tapi kalau diikutkan, semenjak kecil lagi..Haziq tak boleh duduk diam..berlari sana..berlari sini. Ha ha ha....Kali ni lariannya memberikan pingat untuk rumah Biru.

TAHNIAH sekali lagi....Tahun ni tahun yang cemerlang buat Haziq. 

(Update via Fotopages - Isnin 23.06.14)