Thursday, February 11, 2016

Haziq & Sambutan Maulidur Rasul

Sempnea sambutan Maulidur Rasul, kawasan perumahan tempat Haziq dan keluarga duduk telah mengadakan acara selingan seperti Tilawah Al Quran dan Azan. Haziq teruja untuk menyertainya kerana kebetulan dia selalu juga melaungkan Azan di surau kawasan perumahannya.

Seperti biasa, ibu Haziq akan memberi beberapa tips supaya penyertaan Haziq berlainan dengan peserta-peserta yang lain. Dan seperti biasa juga, haziq akan mempersoalkan kepada ibunya kenapa nak buat benda-benda yang peserta lain tak buat. Jadi kesimpulannya, haziq tak mahu buat.

Tapi bila tiba gilirannya, dia akan buat apa yang ibunya suruh. Alhamdulillah..untuk Tilawah AL-Quran, haziq telah menjadi johan manakala untuk Azan pula, Haziq mendaapat tempat ke-2 atau naib Johan.

Semoga pendedahan yang diberikan oleh ibu bapa Haziq dapat meningkatkan keyakinan diri Haziq untuk berhadapan dengan orang ramai seterusnya menjadi nilai tambah kepada sahsiah dan keterampilan dirinya pada masa yang akan datang. Tahniah haziq!

Jom tengok gambar..
(Update via Fotopages - Rabu 16.04.14)




No comments: