Thursday, February 11, 2016

Haziq Johan Busana Muslim

Baru-baru ini pihak sekolah Haziq telah mengadakan pertandingan Busana Muslim sempena sambutan Maulidur Rasul. Haziq telah menyertai pertandingan Nasyid dan Busana Muslim.

Haziq telah memilih Jubah berwarna putih beserta dengan serban. Penampilan yang lengkap. Peserta yang lain pun tidak kurang hebatnya. semuanya memakai busana yang hampir sama. Dah macam boria. Memang payahlah juri nak memilih pemenangnya.

Ibu Haziq telah memberi idea kepada haziq untuk membuat atau mempersembahkannya lain dari yang lain. Oleh kerana semua peserta memakai pakaian yang hamper sama, mereka telah disoal dengan sirah nabi.

Kelainan yang diberikan oleh haziq ialah dengan memberi 'lebih' lagi iaitu membaca ayat Hafazan. Alhamdulillah...rezeki haziq dan dia berjaya mendapat tempat pertama.

Tapi Haziq ni pelik sikit. Bila ibunya suruh membuat kelainan di atas pentas, dia akan bandingkan dengan peserta yang lain yang tak buat. Jadi dia pun tak mahu buat kerana tidak mahu nampak janggal dan 'memandai-mandai' menokok tambah perkara-perkara yang tak perlu dibuat.

Tapi bila dia dah ada di atas pentas, apa-apa nasihat ibunya dia buat pula. Apapun...Tahniah Haziq kerana dah berjaya.....teruskan usaha dan tingkatkan prestasi....
(Update via Fotopages - Selasa 25.03.14)




No comments: