Tuesday, February 9, 2016

Ngidam Durian

Dengar cerita, semenjak dua menjak ni, Haziq suka makan durian. Memang pelik! Sebab dulu dialah anti durian. Siap tutup hidung kalau bau.
Bila ibunya telefon kampung tanya pasal musim durian, barulah dapat tahu yang Haziq dah suka makan durian. Entah bilalah dia akan suka nak makan sayur....
Adik nya si Aishah sekarang ni pula tengah sedap nak dibawa 'bergaduh'. Bukan apa, seronok kalau melayan. Lebih-lebih lagi bila Aishah ada mood nak melayan gurauan kita. Dia kalau bercakap, macam mak nenek. Tak tahu butir percakapannya...siap dengan gaya jari dan tangan.
Aishah juga suka mengajuk balik cakap orang. Bila dah mula tu, perkataan tu jerlah yang dijeritnya. Tak reti duduk diam.
Kalau pergi pasar raya tu, bila nak beli sesuatu, haziq pasti akan ingat untuk belikan adiknya satu. Kirakan dia taklah tamak nak makan sorang. Untungler si Aishah...he he he.
(Update via Fotopages - Jumaat 15.04.2011)




No comments: