Tuesday, February 9, 2016

Tahniah Haziq...Usaha Lagi

Baru-baru ni, keputusan peperiksaan haziq telah dikeluarkan. Haziq dapat no. 2. Semua A cuma lukisan jer dia dapat B. He he he...dulu kecik2 dia dok conteng dinding, ingatkan kreatiflah bila dah besar, rupanya tidak... Apapun tahniah...

Masa cuti sekolah yang lepas, Haziq ada ujian talipinggang untuk kelas Tae Kwan Do nya. Alhamdulillah..lepas. Dari talipinggang putih, kini dah pegang warna kuning. Bak kata ibunya, si Haziq bila berlatih bukan jenis concentrate dengan apa yang di ajar. Matanya dok melilau ke kiri n kanan. Sebab dalam kumpulan tu, dialah paling kecik sekali....hehehehe. Tahniah lagi....lepas ni bolehlah dia ajar adiknya si Aishah.

Baru-baru ni, ibunya buatlah puasa sunat. Si Haziq ni, tengok ibunya puasa, diapun nak puasa, walaupun tanpa niat dan tak bersahur. Ibunya tetap bagi bekal ke sekolah. Rupanya dia tak makan bekal tu....bila teacher dia tanya, kenapa tak makan, dia kata dia puasa. Tapi dalam bas, bila balik dari sekolah, dia ngap juga...tak tahan tengok kawan-kawan makan...katanyalah..heheheh

Untuk puaskan hatinya, ibu dan bapanya ajak dia berpuasa sunat satu hari tu dan Alhamdulillah dia berjaya puasa.

Tengoklah pic-pic dia dengan style rambut pacaknya di kampung.... 

(Update via Fotopages - Khamis 30.06.2011)



No comments: