Wednesday, February 10, 2016

Selamat Berpuasa

Tahun ni, seperti tahun sebelumnya, haziq akan turut berpuasa. Oleh kerana surau dihadapan taman perumahannya sudah beroperasi sepenuhnya, semalam selepas minum dan menjamah sedikit kuih, Haziq dan ayahnya menunaikan solat maghrib di surau.

Yang bestnya, haziq nak berbuka di Surau macam upin dan ipin. Mungkin suasana berbuka di surau seperti dalam kartun upin & ipin menyebabkan haziq teruja nak merasai kemeriahan berbuka beramai-ramai. Malangnya surau tersebut memang tidak menyediakan lagi juadah untuk berbuka pada awal2 puasa ini.

Kalau tahun lepas, Haziq ada mengalami demam yang teruk semasa berpuasa...harap-harap tahun ini kesihatan haziq mengizinkan untuknya terus berpuasa. InsyaAllah.

Pasal juadah berbuka...haziq bukanlah jenis yang suka makan. Jadi tidak susah untuk ibunya menyediakan juadah berbuka. Kadang -kadang dia sangat suka makan sesuatu benda..tapi pada masa yang lain dia tak suka pula. Seleranya sentiasa berubah-ubah.

Kesempatan ini juga Haziq dan seluruh keluarga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.

(Update via Fotopages - Ahad 22.07.2012)






No comments: