Wednesday, February 10, 2016

Perjuangan Diteruskan

Diam tak diam, sessi persekolahan baru telahpun hampir 3 minggu dibuka. Bermakna Haziq sudah berada di tahun 2 dan masih lagi kekal di kelas yang sama. Tahun baru, sessi baru, azam juga mestilah baru. Haziq perlu kerja lebih kuat untuk bersaing dan menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

Haziq perlu fokus dan pandai membahagi masa dengan kegiatan luar. Harap-harap Haziq dapat menyesuaikan diri dengan tugasan-tugasan yang semakin banyak dan mencabar. Dah tak boleh leka.

Apapun, pengalaman semasa di tahun 1 pasti akan sentiasa menjadi kenangan yang terindah buat Haziq. Berkawan, bermain dan belajar bersama pastinya akan menjadi memori indah untuk dikenang.

Jom kita tengok gambar kenangan haziq semasa di Tahun 1. Boleh cari tak mana Haziq?! 

(Update via Fotopages - Khamis 17.01.13)


No comments: