Wednesday, February 10, 2016

Haziq Mencuba Sky Trail

Masih lagi aktiviti di Gambang Water Park Kuantan. Kali ini Haziq mencuba Sky Trail. Memang nampak mudah tapi hakikatnya mengambil masa juga untuk menamatkan perjalanan yang tak panjangpun.

Bukan senang nak imbangkan badan melalui titian tali yang tergantung. Bergoyang pulak tu. Walaupun ada tali keselamatan, ianya bukanlah satu jaminan buat mereka yang gayat.

Aktiviti ini bagus untuk tujuan fokus. Kalau kita fokus, semua matlamat akan mudah dicapai. Memang banyak liku2 dan halangan...tapi harus diingat..hendak mencapai kejayaan bukannya sesuatu yang mudah. Usaha..semangat...dorongan sentiasa diperlukan. AKhirnya barulah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Ingat ek Haziq....emosi harus stabil...barulah dapat mengimbangi segala keperluan dalam kehidupan. Semoga aktiviti ini dapat membentuk sahsiah diri Haziq yang aktif dan berkeyakinan dalam menempuh setiap cabaran dalam kehidupan. Fokus kepada matlamat...InsyaAllah kejayaan akan menunggu dihadapan.

Yang penting misi untuk haziq menamatkan perjalanan Sky Trail ini berjaya dan Gambang Water Park telahpun ditawan oleh Haziq.

Entry berikutnya.....Haziq dalam pertandingan Tae Kwan Do! Tungguuuuu 

(Update via Fotopages - Rabu 20.06.2012)




No comments: