Friday, February 5, 2016

Lagi Gambar DI Berjaya Times Square

Sebelum bercuti ke Genting Highlands tu hari, Haziq terlebih dulu mengambil ujian pertengahan tahun. Lepas tu barulah boleh bercuti sakan. Budak-budak ni tak boleh diajar ponteng sekolah. Nanti kalau dah terbiasa, sikit2 nak ponteng...susah juga. jadi ibu bapa perlulah rancang percutian sebaik mungkin supaya tidak mengganggu sessi persekolahan anak-anak.

Baru-baru ni keputusan ujian haziq keluar. Berialah dia telefon kampung, bagi tahu neneknya no dia dapat. Alhamdulillah..dapat no 2. Bak kata Ibu nya, berbaloilah dia bawa Haziq pergi bercuti ke Genting tempohari. Boleh bawak selalu...

Si haziq ni syok kalau dilayan berbual. Kadang-kadang dia punya cakap mengalahkan orang dewasa. Bila telefon neneknya di kampung, bila nenek dia nak cakap dengan ibunya, si haziq pura2 lah panggil ibunya. padahal dia akan jawab dan menyamar sebagai ibunya dengan membuat suara lain. Konon-konon nenek dia tak tahulah tu. He he he...

Oklah..ini antara gambar-gambar semasa di Berjaya Times Square... 

(Update via Fotopages - Ahad 13.06.10)




No comments: