Friday, February 5, 2016

Haziq & Family Day 2010


Pada 24.7.2010 (Sabtu) lepas, Haziq telah balik ke Melaka dengan ayah dan ibunya untuk menghadiri Family Day 2010 di A'Famosa Waterworld, Alor Gajah, Melaka.

Haziq telah memasuki dua acara sukaneka kanak-kanak iaitu Cups of Water & Kangaroo Relay. Dia mewakili rumah oren.

Bila dia tahu je nak balik Melaka, tak senang duduklah dia. Tulah sebab hanya saat akhir sahaja dia diberitahu. Kalau tidak jenuh nak melayan pertanyaan dia "Bila nak balik kampung"? Hehehehe...

Yang kelakarnya, masa sukaneka tu, orang lain isi air cara biasa..dia pi ayak air tu masukkan lam botol. Apa lagi, kena gelak lah. Bila malam, buka balik video tu, semua berderai ketawa tengok gelagat dia. Malu-malu kucinglah dia.

Sekarang ni, bila ibunya nak tengok balik video tu, si Haziq tak kasi...sebabnya dia tak nak ayah dan ibunya gelakkan dia lagi. Kekekekeke.....

Lepas aja sukaneka tersebut, dia berendamlah dalam air..sampai kecut dan merah matanya. Haziq kan "Hantu Air".Mana boleh dia nengok air.

Haziq bergambar dengan kumpulan yang diwakili oleh ayahnya - Kumpulan Biru.

(Update via Fotopages - Isnin 26.07.10)


No comments: