Tuesday, February 9, 2016

Haziq Demam

Semalam 6-8-10 Haziq demam agak teruk sehingga di bawa ke Klinik untuk rawatan. Mengikut kata ibunya, mungkin disebabkan alahan makanan kerana sebelum tu haziq ada makan paru-paru yang digoreng. Harap-Harap bukan masalah makanan lah...kesian si haziq, banyak benar dia kena pantang makan.

Alhamdulillah, tadi dia telefon dengan suara yang ceria. Dia dok ingat dan cerita lagi pasal Family Day yang lepas. Dia perasan pak andaqnya pakai kasut. Mungkin sebab dia tengok semula rakaman Family Day tersebut. Maknanya dia dah tak malu lagi tengok videonya yang bersukaneka pada hari tersebut. he he he

Dia juga rancak bercerita pasal puasa yang akan disambut pada minggu depan. Siap ingat lagi tarikh dan tahu pulak tu yang ayahnya tak kerja pada 1 Ramadhan nanti. Bila dia tanya nak puasa ke tidak, dia bersemangat nak puasa. Jangan jadi macam tahun lepas sudahlah...awal-awal pagi dah minta air. Bila bagi tahu yang tak boleh minum sebab puasa, dia kata dia tak boleh tak makan. Hehehehe...

Gambar di atas dirakamkan semasa haziq melawat I-City di Shah Alam. Memang menarik apabila dikelilingi cahaya yang berwarna warni dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Sempena kehadiran Ramadhan pada 11.8.10 (Rabu), Haziq dan seluruh keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq kepada semua umat Islam.

(Update via Fotopages - Sabtu 07.08.2010)



No comments: