Thursday, February 11, 2016

Haziq Kehilangan...


Baru-baru ni, haziq telah kehilangan kucing kesayangannya yang bernama Pinky. Kirakan kucing tu baru saja dibela. Itupun sebab Aishah yang beria-ia nak bela kucing yang dijumpainya di luar. Pinky tu pun adalah nama yang diberi oleh Aishah.

Dulu ada bela 2 ekor anak kura-kura. Tak tahan lama..mati. Haziq sedih juga. Ini pula kucing yang baru dibelapun mati dalam sangkar akibat tersangkut leher pada palang besi. Haziq punyalah sedih....

Sebenarnya kucing tersebut dibela untuk menyuburkan perasaan sayang dalam jiwa Haziq dan Aishah. Disamping itu dapat mendisiplinkan diri dua beradik ni untuk memberi makan...memandikan kucing dan juga membersihkan sangkar. Malangnya kucing tersebut telah mati. Apapun, ibu Haziq sedang mencari anak kucing yang lain untuk dibela.

Pada cuti sekolah tempohari, Haziq dan keluarganya telah mengambil peluang untuk balik ke kampungnya di melaka. Bila dah balik tu, kolam dan laut adalah tempat tumpuan yang wajib dilawati. Cadangan mereka untuk mandi di A Famosa Waterworld terpaksa dibatalkan kerana terlalu sesak. Akhirnya mereka pergi ke Tanjung Bidara Beach Resort. Dapatlah mereka melepaskan gian mereka untuk berendam. kebetulan sepupu mereka si Amanpun ada di kampung....meriahlah sikit.

17.06.14 - Ada sukan di sekolah Haziq. Dia masuk acara lompat jauh. Dengar khabar dapat emas...TAHNIAH....

(Update via Fotopages - Selasa 17.06.14)


 



No comments: