Thursday, February 11, 2016

Taekwando Di Tangkak

Pada 22/2/2014 yang lalu Haziq dan rakan-rakan sepasukannya, telah dibawa ke Tangkak oleh jurulatihnya untuk satu pertandingan besar yang disertai hampir 400 orang dalam pelbagai kategori.

Tanpa pengetahuan Haziq, Ibu, bapa dan adiknya Aishah ikut serta dengan menggunakan kereta sendiri untuk memberi semangat dan sokongan. Sambil2 tu sematlah juga ibu, ayah serta adiknya Aishah singgah di kampung Melaka tanpa pengetahuan Haziq.

Dalam pertandingan tersebut, oleh kerana ramai peserta, haziq hampir tertidur menunggu giliran. Nasib baik jurulatihnya memantau kerana kalau tidur, stamina akan berkurangan nanti kerana lesu dan letih.

Dalam pertandingan tersebut, 2 kalu haziq telah menang. dan mara ke separih akhir. Namun begitu, dia kalah dan gagal ke akhir. Haziq berjaya mendapat tempat ketiga. Takper haziq...yang penting pengalaman. Kalah dan menang tu kan adat pertandingan. jangan risaulah!...hehehe

Begitu begini..akhirnya Haziq dan keluarga sampai ke rumah jam 2 pagi. Walaupun penat dan letih...sekolah tetap juga kena pergi.......hehehe.

Tahniah haziq....tingkatkan kemahiran lagi....
(Update via Fotopages - Selasa 18.03.14)




No comments: