Thursday, February 11, 2016

Haziq Sedih...

Uish....kenapa pulak haziq sedih?!....Haziq kan jenis happy2 jer....tau ker dia sedih?!

Hehehe....sedih tu kan satu perasaan. Mestilah semakin dia membesar, perasaan dia pun semakin berkembang dan tahu erti sedih, suka dan sebagainya. Tapi sedih kenapa?

Alkisahnya, semalam dia bertanding Tae Kwan Do. Menurut ibunya, dalam 3 perlawanan yang disertai...2 perlawanan pertama Haziq Berjaya mengalahkan lawan. Cuma pada perlawanan ketiga dia kecundang. Setelah tamat pertandingan...dia hanya Berjaya mendapat no.4. Takderlah pingat untuk dibawa pulang. Sedihlah dia sikit.

Walaubagaimanapun, banyak pengalaman yang telah dibawa pulang. Haziq kan baru 8 tahun....masih banyak lagi ruang untuk terus berusaha. Kalah dan menang tu adat pertandingan. yang penting semangat haziq terus membara. Mana boleh ngaku kalah awal2...Aishah yang kecik tu pun dah berkobar-kobar nak masuk pertandingan....

Aishah? Iyerlah..si Aishah....kenapa tak caya ker? Meh nengok gambar Aishah.....

Errr...Gaya dah ada dah...hehehe 

(Update via Fotopages - Isnin 23.12.13)



No comments: