Monday, February 27, 2017

TAHNIAH Haziq....

Sekalung TAHNIAH diucapkan buat Haziq yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK 2016. Peperiksaan ini telah diambil oleh Haziq pada bulan Oktober 2016 selama 4 hari.. 

Keputusannya pula diumumkan secara rasminya pada 15 Februari 2017. Tapi, untuk tahun 2017 ni, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui keputusan dengan lebih cepat dan pantas iaitu dengan membuat semakan secara online. Semakan sms juga disediakan.

Jadi....seperti biasa, yang lebih berdebar dan tak sabar nak tengok keputusan tentulah ibu bapa perlajar. Jadi, kemudahan semakan online telah digunakan sepenuhnya oleh ibu Haziq. Walaubagaimanapun, debaran mengambil keputusan tetap ada pada Haziq kerana ibunya merahsiakan keputusan yang diperolehi sehinggalah Haziq melihat sendiri slip keputusan tersebut.

Tahniah sekali lagi Haziq. Sekarang kena fokus pada UPSR pula.







Insya Allah, pada 14.03.2017 nanti Haziq dan keluarga akan menjadi tetamu Allah. Mereka akan mengerjakan umrah.

Selamat Menunaikan Umrah...
Selamat Menjadi Tetamu Allah
Semoga Dipermudahkan Segala Urusan
Diberikan Kudrat Dan Kesihatan Yang Baik Sepanjang Berada Di Tanah Suci
Semoga Mendapat Umrah Yang Mabrur
Dan
Selamat Pergi Dan Selamat Kembali


Majlis Watikah Perlantikan - 22.01.2017

22.01.2017 - Hari yang bersejarah untuk warga pelajar Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz, khususnya untuk Haziq. Pada majlis tersebut, secara rasminya perlantikan ketua-ketua pelajar dalam pelbagai disiplin telah dibuat.

Tahniah untuk Haziq kerana telah terpilih untuk menjadi Ketua Pengawas bagi sessi 2017. Semoga dengan perlantikan ini, Haziq dapat belajar banyak perkara terutamanya dari segi kepimpinan dan disiplin. Semoga Haziq dapat menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan cemerlang.

Sebagai pengawas Haziq perlulah selalu menjaga imej diri dan menunjukkan teladan yang baik dan seterusnya mempengaruhi semua pelajar supaya kekal berdisiplin. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan Haziq setiap masa.

TAHNIAH sekali lagi. Semoga Haziq sentiasa bersikap positif dan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Jom kita tengok sekitar majlis tersebut.