Tuesday, June 2, 2009

Selamat Hari Lahir...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan tempua-siber...
Allah selamatkan kamu....

Alhamdulillah….tempua masih lagi bernafas buat sekian kalinya di kala peralihan usia yang semakin meningkat naik saban tahun. Apabila membuka mata disetiap pagi, tempua masih dapat menatap wajah orang yang disayangi, masih terdengar kicaun burung dan masih terasa panas cahaya matahari. Kurniaan yang amat besar maknanya yang dipinjamkan oleh-Nya cukup disyukuri.

Sesungguhnya Allah itu adil dengan hambanya. Dikurangkan yang ini…dilebihkan yang ini. Maksud tempua, cuba kita fikir sejenak. Kita hanya mengeluh pada kekurangan yang ada, tetapi tidak pernah bersyukur pada kelebihan yang ada. Mungkin kita tidak sedar atau terlupa, tetapi hakikatnya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan ada.

Kita kurang harta, tetapi kaya dengan kasih sayang. Bukankah itu satu kurniaan yang hebat? Jadi, apa yang ada pada kita hari ini haruslah kita syukuri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki apa yang kurang.

Tiada apa yang lebih bermakna tatkala menyambut hari lahir selain dari ucapan, ingatan dan doa-doa dari insan-insan yang tersayang. Kucupan dari ibu, harapan dan doa dari abang, kakak dan adik juga nyanyian kegembiraan dari anak buah yang keletah dan ceria membuatkan kita terasa hidup kita cukup lengkap. Ia, merekalah yang melengkapi hidup tempua selama ini. Yang sentiasa memberikan kekuatan dan dorongan dan yang sentiasa ada buat tempua.

Juga tidak lupa kiriman hadiah, kiriman ucapan selamat melalui sms, e-mail dalam berbagai bentuk dan cara pastinya menambahkan kegembiraan yang ada. Walaupun kadang-kadang dalam bersahabat tempua pernah mengatakan perkara yang tidak sepatutnya, tetapi kesabaran mereka pasti menang akhirnya. Mujurlah mereka tidak menyimpan rasa dan kalau itu terjadi, pastinya tempua insan yang rugi kerana kehilangan sahabat yang baik budi.

Dalam usia yang semakin mematangkan kewarasan berfikir, kadang-kadang ada pilihan yang perlu dipilih. Sememangnya sukar dan yang pastinya tempua akan cuba memilih yang terbaik supaya tiada hati yang tercalar, tiada jiwa yang terluka dan tiada perasaan yang terhiris. Jika semuanya bergerak seperti yang dirancangkan, hidup pasti menjadi tidak berwarna dan bernyawa. Yang pastinya, kita semua mengharapkan pengakhiran yang baik. InsyaAllah.

Kepada seluruh ahli keluargaku yang dikasihi, ketahuilah bahawa tempua ingin selalu mendampingimu, selalu bersedia membahagiakanmu dan walau apapun yang terjadi...tempua akan pastikan selalu ada untuk berkongsi segala suka dan duka.

Buat sahabat-sahabat tempuawalau dimanapun berada, ketahuilah bahawa tempua akan selalu mengasihi anda. Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat dimasa sukar dan senang. Semoga ikatan persahabatan akan terus harum subur dihati.

Keluarga seperti udara yang dihela...selalu ada.

Sahabat ibarat pelangi, tak bercahaya namun hadirnya tetap berseri.

Selamat Hari Jadi . . .Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan ini.

- tempua.siber -

1 comment:

Istana Puteh by Geecantik said...

Sedih An baco... Apo-apopun kita berdoalah yo... Wi, kau tak nak pi kursus ESQ ko... Pengisiannya amat berguna. Tu sebablah an jadi cam ni sekarang. Aldhamdulillah. Tapi kursus tu rm1300 lebih tapi kalau bawah karangkraf dapatlah rm1104. An akan bawak lela dan kak ngah hari 3-5 julai 09 ni. Mudah-mudahan dia mendapat apa yang dia cari selama ini. Kalau kau nak g kene booking dulu...