Wednesday, February 17, 2010

Aktiviti Keluarga 2 Dalam 1 - Berhibur & Silaturrahim

Sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, beberapa aktiviti menarik telah diadakan antaranya Pertandingan Boling Keluarga pada 13/2 dan 16/2, Makan Besar Keluarga di Tom Yam Klasik pada malam 13/2, Makan Asam Pedas telur ikan pada malam 14/2 dan juga BBQ serta sambutan hari lahir kaum keluarga yang jatuh pada bulan Februari pada malam 15/2. Apabila berkumpul dan melakukan aktiviti bersama beramai-ramai, ianya satu momen yang sukar digambarkan. Inilah yang dinamakan sambil berhibur dan bergembira, mengeratkan silaturrahim.

Acara kemuncak untuk permulaan awal tahun 2010 ini ialah Perlawanan Persahabatan Boling Keluarga yang diadakan pada 16/2/2010 jam 11.00 pagi di Melaka International Bowling Centre (MIBC).

Tepat jam 10.00 pagi, ahli keluarga yang terlibat berkumpul di MIBC. Sementara pendaftaran dilakukan (pendaftaran agak perlahan dan lembap...pihak MIBC harus meletakkan lebih ramai kakitangan untuk menguruskan hal pendaftaran peserta di masa akan datang), ahli keluarga mengambil peluang untuk bergambar dan saling bertukar-tukar cerita mengenai perkembangan semasa masing-masing.
















Sebelum acara dimulakan, taklimat ringkas dan sessi bergambar diadakan....



Permainan sebanyak 3 game berlangsung dalam suasana kekeluargaan yang penuh harmoni. Banyak juga insiden lucu seperti bola tersangkut, balingan ke longkang, tapak kasut tertinggal/tercabut, dan macam-macam lagi yang menjadi rencah kegembiraan satu keluarga yang besar.

Antara kumpulan-kumpulan yang bertanding yang sempat berposing:











Akhirnya keputusan diketahui....

Lorong 1 - Amir, Zahim, Edy & Wana (469 jatuhan pin)

Lorong 2 - Nabil, Aman, Najwan & Haziq (385 jatuhan pin)

Lorong 3 - Pak Lang, Pak Indok, Dak abang & Dak Adik (1394 jatuhan pin)

Lorong 4 - Mak Indok, Mak Uda, Mak lang, Mak Ngah (750 jatuhan pin)

Lorong 5 - Pak Andak, Shahril, Faizal & Hafiz (1531 jatuhan pin)

Lorong 6 - Nazmi, Nadiah, Fazli & Nana (1315 jatuhan pin)

Lorong 7 - Wani, Suraya, Qila, Sally (944 jatuhan pin)

Lorong 8 - Dik Nor, Mira, Nina, Nazirah (864 jatuhan pin)

Itulah keputusan muktamad yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan MIBC dan semuanya nampak berpuas hati.

Sebelum masing-masing pulang, sempatlah bergambar beramai-ramai di luar MIBC.



Apapun, pada kesempatan ini, tempua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan pertandingan boling keluarga ini. Hakikatnya bukan kemenangan yang dicari oleh semua peserta, tetapi kualiti masa bersama untuk mengeratkan silaturrahim itu lebih penting dan bermakna.

Semoga perasaan kasih sayang terus subur dan mewangi dan yang paling penting, kita tanamkan nilai-nilai yang positif dalam perkembangan ahli keluarga yang masih kecil supaya mereka terus membesar dengan nilai-nilai kekeluargaan yang menebal yang saling mengambil berat dan berkasih sayang antara satu sama lain. InsyaAllah.

Semoga permulaan yang baik 2010 ini akan terus menjadi titik tolak buat semua dalam menilai dan meneruskan kerjasama dalam apa jua hal kekeluargaan untuk masa sekarang dan yang akan datang.

Selamat hari Lahir juga buat Suraya, Nazmi, Seri, Shahril & Bonda Maimun. Semoga terus diberkati dan dirahmati..InsyaAllah.

Biar Kita Tak Sependapat, Tapi Tetap Kekal Bersatu


- tempua.siber -

4 comments:

Istana Puteh by Geecantik said...

Ha jangan lupa bowling keluarga on 20 Mac 2010 (SABTU MALAM) di tempat yang sama dengan bola i yang pasti memberi saingan sengit kepada pemenang. Walaupun kedudukan ditempat kelima tanpa bola sendiri.. AWAS dengan kemunculan i dengan bola berapi.. huhuhuhu lawak... YANG PASTI SIAPA JUARA! KITA SEMUA. Walaupun menang kalah tu merupakan adat pertandingan yang paling utama adalah hidup bermasyarakat dan sentiasa mengukuhkan ukhwah sejajar dengan sunnah rasullullah... Salam Maulidur Rasul untuk semua..a Da..

Istana Puteh by Geecantik said...

cadanganlah.. please tempua wujudkan kotak chat dan meriahkan blog dengan gambar... Please

nad said...

sokong2...br meriah sket..disebabkn ramai juga antra ahli keluarga kita dok ber facebook, suruhlah mereka2 itu singgah dan memeriahkn blog pakndak ni=)

tempua.siber said...

Hehehehe..terima kasih atas komen2 korang. Blog ni khas dedikasi kepada kaum keluarga yang merupakan sumber inspirasi....

Tq geecantik atas cadangan....InsyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa...