Tuesday, September 1, 2015

Haziq Bercuti Di Bukit Tinggi

Sempena cuti hari pekerja pada 1 Mei 2008, Haziq dan keluarga telah pergi bercuti di kampung ayahnya di Kedah. Selepas di Kedah, Haziq telah di bawa ke Bukit Tinggi. Bukan main seronok lagi dia. Tengok je lah gambar-gambar yang dirakam oleh ayahnya. 

Selepas bercuti di Bukit Tinggi, Haziq terus balik ke Melaka pula melawat neneknya di sebelah ibu pula. Di Melaka, kesempatan cuti digunakan oleh Haziq untuk mandi di A Famosa Water World. Haziq dengan air memang tak dapat dipisahkan. Berejam berendam pun dia suka. Bayangkanlah dari pukul 11.30 pagi ahad (4 Mei) sehinggalah ke 5.30 petang. Itupun liat nak ajak dia balik. 

Sekarang ni perkataan yang selalu dia gunakan bila bercakap ialah.."tadikan.." Dia mulakan ayat dengan 'tadikan...' lepas tu dia berceritalah. Lagi satu, kalau dia rasa dia dah buat silap...dan takut kena marah dengan ibunya, mulalah dia alihkan perhatian ibu dan ayahnya supaya tak marah dia. Pandai sungguh dia.

(Update via Fotopages - Khamis 08.05.08)




No comments: