Tuesday, September 1, 2015

Haziq - Close Up

Fullamak...seriusnya muka. Tapi tetap cute. Budak-budak...semuanya cute. Belum tercemar lagilah katakan dengan pencemaran alam, pencemaran alat-alat kosmetik, pencemaran 'hati' dan sebagainya. Itulah sebab bila kita tengok budak-budak...rasa aman dan tenang jer. 

Aman?? Sekejap jer bolehlah si Haziq ni duduk diam. Itupun time dia tidur. Time lain....porak peranda nak melayannya. Tapi tu yang seronoknya melayan karenah budak-budak. Bak kata orang dulu-dulu, walau macamana penatpun, tapi bila tengok anak-anak dah menunggu kepulangan kita dari kerja, hilang semua penat. 

Layan je lah pics muka Haziq yang macam seriussssssss tu. He he he  

Saksikan Haziq dalam youtube di http://www.youtube.com/HaziqPunyer

(Update via Fotopages - Rabu 28.05.08)




Pic Haziq Dari Koleksi Sepupunya - Nadiah

Masa pergi ke rumah sepupu Haziq (Nadiah) 2 minggu lepas, kebetulan dia sedang menggunakan lap topnya. Dia tunjukkan gambar2nya dengan kawan2 di Universiti. Tiba-tiba ternampak folder file gambar raya tahun lepas. Rupa-rupanya banyak koleksi gambar hazoq yg berada dalam simpananya. Apa lagi, minta dia simpan dalam pen drive, dan inilah antara gambar-gambar dalam simpananya. Gambar-gambar kandid Haziq di Pagi Raya 2007 yg lalu. 

Perkembangan haziq sekarang??....errmmm dia kurang sihat. Berulang alik ke klinik dan doktor pakar. Harap doakan semoga kesihatan dia cept pulih. 

Haziq ni cepat meniru perbuatan org. Contohnya, bila dia tengok org lain demam 'menjaram' kan kepala dengan air, habis dia tiru. Tahu-tahu jer kepala dia dah basah dengan air. Senyap-senyap dia buat. Kalau dia senyap jer tu...adalah benda dia tengah buat. Bila dia sakit perut...dia ayik suruh ibunya sapukan minyak kat perutnya. Mungkin dia nampak nenek dia selalu buat macam tu, jadi diapun tiru. Kesian pula dengar bila dia dah sakit.... 

Haziqq....semoga cepat sembuh ya.

(Update via Fotopages - Rabu 21.05.08)




Haziq Bersanding Dengan Siapa Tu?

Wah..ini betul-betul 'hot' punya tajuk nie. Haziq bersanding??? Betul ker? Tapi kalau tengok pada gambar di atas tu memanglah betul. Tapi...buat suspen jerr.... 

Sanding olok-olok rupanya. Kebetulan masa Haziq balik ke kampung ibunya di Melaka tu hari, ibunya menghadiri jemputan kahwin rakan sekolah. Bila dah pergi sana, apa lagi jumpalah member2 lama masa sekolah dan semua dah beranak pinak. Pasangan haziq pada gambar tu adalah anak kawan ibunya. 

Cepat sungguh masa berlalu. Kalau dulu mereka berkawan di sekolah...dalam sekejapan semua dah ada kehidupan dan keluarga masing-masing. Itulah lumrah hidup namanya. Kalau tak caya kehidupan ini satu perjalanan yg singkat...cuba tgk fotopages haziq ini dari mula..ketika usianya baru beberapa hari....sekarang ni lagi 4 bulan Haziq akan menyambut ulangtahunnya yang ke tiga. 

Masa tak menunggu kita.... 

Masa berlalu...dan InsyaAllah sanpai masanya bersandinglah Haziq. Kali ini sanding yag Real....Entah Bila! 

saksikan Haziq dalam youtube di http://www.youtube.com/HaziqPunyer

(Update via Fotopages - Selasa 13.05.08)



Haziq On You Tube

Kalau anda hendak mendengar dan melihat sendiri Haziq dalam rakaman video membaca ABC dan mengira 1,2,3, silalah ke laman youtube Haziq di http://www.youtube.com/HaziqPunyer

(Update via Fotopages - Khamis 08-05-08)

Haziq Bercuti Di Bukit Tinggi

Sempena cuti hari pekerja pada 1 Mei 2008, Haziq dan keluarga telah pergi bercuti di kampung ayahnya di Kedah. Selepas di Kedah, Haziq telah di bawa ke Bukit Tinggi. Bukan main seronok lagi dia. Tengok je lah gambar-gambar yang dirakam oleh ayahnya. 

Selepas bercuti di Bukit Tinggi, Haziq terus balik ke Melaka pula melawat neneknya di sebelah ibu pula. Di Melaka, kesempatan cuti digunakan oleh Haziq untuk mandi di A Famosa Water World. Haziq dengan air memang tak dapat dipisahkan. Berejam berendam pun dia suka. Bayangkanlah dari pukul 11.30 pagi ahad (4 Mei) sehinggalah ke 5.30 petang. Itupun liat nak ajak dia balik. 

Sekarang ni perkataan yang selalu dia gunakan bila bercakap ialah.."tadikan.." Dia mulakan ayat dengan 'tadikan...' lepas tu dia berceritalah. Lagi satu, kalau dia rasa dia dah buat silap...dan takut kena marah dengan ibunya, mulalah dia alihkan perhatian ibu dan ayahnya supaya tak marah dia. Pandai sungguh dia.

(Update via Fotopages - Khamis 08.05.08)