Friday, August 11, 2017

Hari Penyampaian Hadiah


Pada 23 Julai 2017 yang dahpun lepas, sekolah Haziq telah mengadakan upacara penyampaian hadiah untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPKK. Oleh kerana masih lagi dalam suasana Raya, maka masing-masing bergayalah dengan sepersalinan baju Melayu. Segak nampaknya

Haziq, seperti tahun-tahun sebelumnya, masih setia dengan baju melayu fesyen teluk belanganya. Orang Johor lah katakan. He he he. Tapi bila dah ramai-ramai tu, dengan warna warni baju  yang pelbagai, majlis nampak cukup meriah.

Tahniah sekali lagi pada yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK. Tapi AWAS.....Pada...11.09.2017 ni adalah tarikh bermulanya peperiksaan UPSR. Kepada semua yang akan mendudukinya, semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

Buat Haziq, perjuangan mu belum selesai. Teruskan berusaha. Semoga kejayaan menjadi milikmu.

Jom kita nengok gambar-gambar sepanjang acara berlangsung.








No comments: