Wednesday, May 18, 2016

Selamat Hari Guru....

Bersempena dengan sambutan hari guru pada 16.05.16 (Isnin) yang lepas, Sekolah Haziq telah mengadakan sambutan peringkat sekolah dengan beberapa acara yang menarik.

Yang membuatkan sambutan Hari Guru tersebut menjadi lebih menarik dan bermakna buat Haziq ialah apabila Haziq telah dipilih untuk membuat persembahan pembacaan Sajak khas sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan guru.

Oleh kerana pemilihan Haziq dibuat pada saat akhir dan sajaknya pula agak panjang, tak sempatlah nak menghafalnya. Jadi.....dengan berbekalkan selembar kertas, Haziq telah berjaya melaksanakan misi dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan jayanya.

Dengan getaran dan lontaran suara yang jelas, pastinya sedikit sebanyak ia akan menusuk terus ke sanubari murid murid dan guru yang mendengarnya. TAHNIAH Haziq....

Ibunya pula....selaku ustazah yang diraikan sempena Sambutan Hari Guru tersebut, telah mendapat banyak hadiah dari anak-anak muridnya dan yang paling menarik ialah duit berjumlah RM 300.00 yang tidak dapat dikesan siapa pemberinya. tengoklah koleksi hadiah yang diterimanya dalam gambar di bawah...Meriahkan!

Pastinya ucapan terima kasih dan doa dipanjangkan kehadrat Allah s.w.t. untuk kesemua anak muridnya supaya sentiasa cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat. Sesungguhnya hadiah yang paling bermakna untuk seorang guru adalah kejayaan anak-anak muridnya seiring dengan sahsiah diri yang baik.

SELAMAT HARI GURU....GURU PEMBINA NEGARA BANGSA



No comments: