Monday, July 18, 2016

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin

Masih lagi dalam bulan Syawal...jadi tak terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya. Sebelum tu Tahniah untuk Haziq & adiknya Aisyah kerana telah berjaya puasa penuh untuk tahun ini. Walaupun serangan asma Haziq agak serius sedikit pada bulan puasa ini, sehinggakan ibu bapa Haziq belikan oksigen untuk rawatan dirumah. Walaupun dugaan kesihatan yang diterimanya agak berat pada tahun ini, Alhamdulillah berjaya di atasi. Aisyah juga tidak terlepas dari serangan demam dan berjaya harunginya dengan sabar. TAHNIAH.

Tahun ini agak awal Haziq dan keluarga balik beraya di kampung. 4 hari sebelum raya mereka semua dah balik ke Melaka. Menghabiskan masa di kampung dengan nenek tentunya amat menyeronokkan. Raya dan kampung memang tidak boleh dipisahkan.

Macam-macam aktiviti yang dilakukan dikampung. Antaranya bermain 'bubble giant, selepas balik dari solat Terawih bersama Aisyah dan sepupunya Irfan. Memang amat menyeronokkan. Aktiviti yang lain ialah:

1. Berbuka secara buffet pada petang raya
2. Solat Maghrib & Isya' Berjemaah
3. Khatam Quran
4. Bacaan Tahlil
5. Takbir
6. Bertukar-Tukar Hadiah
7. Sambutan Hari Lahir anggota keluarga yang jatuh pada bulan Julai
8. Hadiah Khas dari nenek untuk cucu & cicit sekolah berumur 12 tahun ke bawah
9. Bemain bunga api
10. Bermaafan di Pagi Raya
11. Bergambar/Pose Raya

Bila ramai dah berkumpul di rumah nenek, maka suasana semakin happening dan meriah. Inilah antara masa terbaik untuk Haziq dan Aisyah menyuburkan rasa kasih sayang dalam diri terhadap kaum keluarganya. Mengenali lebih rapat sepupu dan dua pupu supaya keakraban tersebut dapat dibawa sehinggalah mereka membesar.

Antara momen yang menarik pastinya ketika sessi bermaaafan. kalau 8 tahun dahulu, keletah haziq pasti mencuit apabila bersalam dan mendapat duit raya, tapi tahun ini Haziq sudah besar dan sudah sedia maklum erti yang lebih besar. Tangan digenggam erat dan dengan hati yang tulus memohon kemaafan. Sungguh....Haziq adalah antara generasi yang membesar dalam suasana keluarga yang erat dengan kasih sayang...membesar dikalangan keluarga yang ramai...membesar dengan cara berbagi suka dan duka. Inilah legasi yang harus dikekalkan......

Tahun ini, antara juadah hari mantai dan hari raya yang dibuat secara gotong royong di rumah nenek haziq ialah :

1. 48 kilo Rendang Cili Padi Kerang
2. 21 ekor ayam kampung - Sambal dan Kari
3. 6 Kilo Sambal Daging
4. 2 Kilo Sup Tulang
5. 8 Ekor Siakap Goreng Cecah Air Asam
6. Hati Goreng Berempah
7. Sup Ayam
8. Begedil Daging
9. Berpuluh Batang Lemang
10. Berpuluh Bungkus Ketupat Segera
11. Ikan Kering Goreng

Haaa...semuanya untuk dimakan dan untuk dijamu sanak saudara yang berkunjung atau beraya ke rumah pada Raya Pertama dan Raya Kedua.

Pada malam raya ketiga, Haziq dan keluarganya bertolak pula ke Kedah selepas Maghrib. Sempat juga mereka singgah di Seremban menziarahi saudara sebelah ayahnya. Pada Ahad (10.07.16) jam 9 pagi, Haziq dan keluarga mula bertolak kembali ke Johor dari Kedah. Oleh kerana kesesakan di lebuhraya, 19 jam kemudiannya iaitu pada jam 4.00 pagi Hari Isnin (11.07.16) barulah mereka semua selamat sampai ke Johor. Satu perjalanan yang amat panjang dan pastinya menuntut kesabaran.

Selamat Hari Raya Semua....semoga dapat berkumpul lagi di tahun hadapan.



No comments: