Sunday, July 31, 2016

Hadiah Hari Lahir + Puas Penuh

Oleh kerana Hari Raya tempohari jatuh pada bulan Julai, maka sambutan hari lahir Aisyah dan ahli keluarga yang lain telah disambut dengan meriahnya pada malam raya. Dua biji kek istimewa telah menjadi korban pada malam tersebut.




Tak cukup dengan sambutan tersebut, Ibu dan ayahnya telah memberi hadiah berupa kasut roda sempena hari lahirnya dan juga merangkap hadiah berjaya puasa penuh. Bukan Aisyah jer yang dapat...Haziq juga dapatlah....barulah adil kan! Tengoklah gaya mereka posing...ngeh ngeh ngeh...




Bila dah dapat kasut roda, takkan nak main dalam rumah jer kan...mana nak syok!. So, hujung minggu ibu dan ayahnya bawalah ke taman khas untuk bermain. Dekat situ pula banyak kucing. Jadi bila dah selalu pergi, selalulah dia orang bawa makanan untuk diberi makan kepada kucing tersebut. Kucing2 kat situ pula manja...terbekenanlah Aisyah kepada sekor kucing ni...dimintalah izin dekat ibunya untuk dibawa balik dan dijaga.







Chumilll tak? Takpalah..at least bila bela kucing dapat menjadikan Aisyah subur dengan kasih sayang dan banyak lagi nilai nilai positif yang boleh dibentuk. Jangan sekerat jalan ye Aisyah....

No comments: