Friday, October 20, 2017

Kejutan Dari Haziq Untuk....

Haziq ni kadang-kadang ada sisi misterinya. Bukan misteri nusantara...tapi sukar nak telah apa yang bermain difikirannya. Ada sisi matang dalam berfikir, tapi kadang2 nampak sisi keanak-anakannya. Tapi, dia baru 12 tahun je kot...dah memang kategori budak-budak kan?! Hehehe...tak boleh nak expect lebih-lebih.

Berbalik kepada sisi matangnya dalam berfikir, kalau rajin skroll semula blog ni masa usianya masih 2/3 tahun, kadang-kadang dia bercakap dengan kita guna perkataan yang kita pun tak duga akan keluare dari mulutnya. Pelik dan tertanya-tanya jugak samada dia faham atau tak perkataan tersebut.?! Tak selalu, tapi bila dia cakap...kita akan perasan. Itu cerita 10 tahun dululah....sekarang skill komunkasinya biasa-biasa. Seiring dengan usianya.

Berbalik kepada cerita tadi, tahun ni dia telah pakat dengan kawan-kawannya untuk membuat kejutan sambutan hari lahir ibunya sehari awal dari tarikh sebenar. Hari lahir ibunya jatuh pada 6/10 (Jumaat) yang merupakan cuti mingguan, maka diawalnya sehari iaitu pada 5/10 (Khamis).

Tak tahulah berapa lama dia dah plan, tapi bila dah dekat dengan tarikh kejutan tersebut, iaitu dua hari sebelum, Cikgu kelasnya beritahu kat ibunya yang dia ada nampak Haziq bawa duit RM 50 ke sekolah. Memanglah ibunya tahu sebab Haziq ada tukar duit kecil untuk dapatkan RM 50 tersebut pada beberapa hari sebelumnya, tapi tak tahu pulak duit itu akan di bawanya ke sekolah. Untuk apa dan buat apa? Jeng jeng jeng.....Ibunya dah musyikil.

Dalam perjalanan balik dari sekolah pada hari tersebut, adalah edisi soal siasat. Ibunya puas bertanya...buat apa? Dia tak jawab. Diam jer....bila ditanya mana duit RM 50 tu...dia tunjukkan baki RM 40 yang tinggal. Akhirnya dia bersuara, RM 10 dia dah bagi kawan untuk uruskan jamuan Akhir Tahun nanti. Ibunya lagilah hairan, selalunya cikgu yang akan uruskan pasal jamuan. Bukannya anak murid. Sedekah katanya.... Suwit tak jawapan? Hehehe....

Oklah...ceritanya tak habis di situ....adalah rentetan-rentetannya selepas itu sehinggalah membawa kepada rajuk si Haziq...dan rasa bersalah pada si ibu bila tahu duduk perkara sebenarnya. Dalam hal ini..Aisyah pun memainkan peranan....kikiki...suka kantoikan orang tau!

Esoknya....di Sekolah, dengan tidak semena-mena ada adegan culik dan mata ibunya ditutup dan dibawa ke satu tempat (Padang Sekolah jer pun...hehehe). Bila mata ibunya dibuka, rupanya ramai anak-anak murid yang lain dah berkumpul di situ untuk menyambut hari lahir ibunya a.k.a Ustazah Rahayu.

Walaupun ibunya dah tahu duduk perkara sebenar, tetapi kenalah 'in character' supaya tidak menghampakan perancangan Haziq. Kejutan yang berjaya....walaupun!.

Inilah sisi Haziq yang misteri....unsangkarable. Tetap tidak pecahkan rahsia..walaupun diasak berkali-kali oleh ibunya. Rupanya duit RM 10.00 yang diberikan kepada kawannya itu untuk belikan sudu dan garfu.

Tertunailah hasrat Haziq untuk meraikan ibunya dan berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan sekelasnya. Episod yang sedikit beremosi pada mulanya.....berakhir dengan kegembiraan.

Ada hikmah yang boleh diambil untuk Kezutan ini....yang pastinya akan menjadi kenangan terindah untuk haziq dan Ibunya yang pastinya akan diimbau kembali nanti. Mungkin masa tu haziq dan berkeluarga....

Jom..tengok kemeriahan sambutan tersebut.




















Itulah Kezutan Dari Haziq Untuk Ibunya.....














No comments: