Sunday, April 19, 2015

Haziq Dah Pandai Baca ABC

Dalam usia yang mencecah 2 tahun 5 bulan, Haziq dah lancar membaca ABC sehingga Z dengan lancar. Semalaman sahaja dia melancarkan bacaan tu dengan cara nyanyian yang diajar oleh ayah dan ibunya. Oleh kerana seronok melihat ayah dan ibunya membaca ABC dalam melodi yang menarik, maka Haziqpun berminat untuk bersama-sama menyanyi ABC. 

Dengan kesungguhannya, dia dapat menghafal ABC dengan cepat. Yang kesiannya, tercungap-cungap dia nak habiskan hingga ke Z. Ada juga satu dua huruf yang dia tertinggal. Selepas ini pula, dia kena kenal huruf-huruf tersebut. 

Cuti Tahun Baru Cina, Haziq akan balik ke rumah nenek sebelah ayahnya di kedah.... 

Apapun, jom tengok aksi Haziq dengan baju melayunya.


(Update via Fotopages - Rabu 06.02.2008)







No comments: