Sunday, April 19, 2015

Haziq - Raya Sakan 2007

Selamat Hari Raya semua... 

Pada raya kali ini, Haziq dah boleh beraya sakan. Dah pandai pegang sampul raya/duit raya. Banyak pula collection dia dpt dari sepupu sepapatnya yg dah bekerja. 

Nak umpan dia senang jer..hulurkan sampul raya, cepat dia dtg ambil. Masa tulah dia kena cium dan sakat oleh sepupunya yg ramai. Dia yg paling kecil, keletah yg bijak tu membuatkan ramai yang nak pegang dan cium dia. 

Tak duduk diam dia sepanjang raya. Ada saja benda dia nak buat. Usik itu, pergi sana...bila malam pula, dia tidur keletihan sebab penat. 

Pada usia dia 2 tahun sebulan ni, dia semakin bijak dan mengenal beberapa perkataan inggeris dan objek yg berkaitan seperti aeroplane dan beberapa lagi perkataan mudah. 

Jom tengok keletahnya di atas. Oleh kerana tema hari raya utk seluruh keluarga pada tahun ini berasaskan warna putih/perak, maka haziqpun bergaya sakan dgn baju melayu putihnya.


(Update via Fotopages - Isnin 29.10.2007)





No comments: