Tuesday, April 14, 2015

Haziq Di Konvo Ibunya

Kecik-kecik haziq dah merasa berkonvo. Apa taknya, masa dalam pantang lagi dia dah bersama-sama ibunya berkonvokesyen. Bertuah badan. InsyaAllah, dah besar nanti mungkin haziq lebih hebat lagi. Sama-samalah kita doakan. 

Ha...itulah dia gambar ibu Haziq. Masa nie ibu si Haziq masih dalam pantang lagi. Tapi apa nak buat, orang berkonvo, dia berkonvo di studio sajalah. Macamana nak pergi, jauh tu di utara. Naik kematu kaki kalau berkereta dari Melaka. Dahlah dalam pantang. Setelah difikir baik buruk, jadi tak berkesempatanlah berkonvo dengan graduan2 yang lain. Berkonvo dengan haziq kat rumah pun dah cukup. 

Nasib baiklah kebetulan sepupu ibu haziq nie, belajar di Universiti yang sama. Cuma jurusn jer lain-lain. Tarikh konvo selang beberapa hari sahaja. Jadi dapatlah guna pakai baju konvo sepupu sebagai kenangan. Jadilah Tu.... 

TAHNIAHHH!!!!


(Update via Fotopages - Selasa 12.12.2006)




No comments: