Tuesday, January 5, 2016

Gambar Haziq Di Sekolah

Ni nak belajar ke nak jadi model sekolah tadika ni?

Haaa...inilah gambar terbaru haziq di sekolah yg sempat diambil oleh ibunya. Tercapailah hasratnya untuk ke sekolah. Cuma nak naik bas ke sekolah sahaja belum dapat lagi. maklumlah, pergi dan balik ibunya yg jenput. Kempunanlah si haziq tengok bas sekolah lalu depan rumahnya.

Sekarang ni Haziq suka bertanya. Bukan tanya apa..cuma dia akan buat soalan untuk setiap jawapan yang dia tanya. Contoh bila dia tanya Pak Ndaknya dalam telefon...

Haziq : Pak Ndak Kat mana?

Pak Ndak : Kat kejelah...kat office...

Haziq : Nak cakap ngan nenek..

Pak Ndak : Nenek kat rumahlah...

Haziq : Rumah kat mana?

Pak Ndak : Rumah kat kampunglah...

Haziq : Kampung kat mana?

Pak Ndak :
Kampung kat Melaka lah..

Haziq : Melaka kat mana?

Pak Ndak : Melaka...kat..kat.. Sudahlah Haziq...banyak tanya lah Haziq niee...!!

Haa..macam tulah dia akan bertanya. Dia akan ambil ayat akhir dan buat soalan baru. Jenuh gak nak melayannya...

Jangan dia tanya macam-macam kat cikgu tadikanya sudahlah....Pengsan cikgunya nanti! 


Update via Fotopages - Isnin 09.02.2009



No comments: