Tuesday, January 5, 2016

Sepagi Bersama Haziq

Semalam (17/5/09), lepas sarapan ajak Haziq pi beli paper. Wah, bukan main lagi dia mandi dan bersiap. Bila neneknya tanya.. “Haziq nak pergi pekan ke”? Dia jawab “taklah, haziq nak beli surat khabar”. Dia tak tahu yang nak beli suratkhabar tu mestilah kat pekan. He he he....

Dalam kereta, bagi tahu dia yang nak pergi isi minyak dulu. Dia nampak je belang oren dan merah pada bumbung Shell, dia dah tahu... “Tu ha....isi minyak”.

Masuk ke kedai Select, beli paper...dia dah melilau ke tempat air. Dia pilih vitagen warna ungu.

Masa nak isi minyak..dia kata “warna merah tau”. Dia maksudkan pump yang berwarna merah. Tapi bila guna pump hijau, dia macam nak tanya tapi mungkin tak tahu nak mulakan dengan ayat apa.

Lepastu teruslah bawa dia ke Pengkalan Balak. Saja bawa dia jalan jauh sikit supaya ayah dan ibunya dapat releks kat rumah. Dalam kereta dia dah kena air-cond dia macam mengantuk. Tanya dia...“Haziq mengantuk ke?. Kalau mengantuk kita baliklah..tak yah jalan-jalan”. Dia pantas jawab “Tak lah....”.

Bila dia dah nampak laut, dia dah mula gembira semacam. Berhenti tepi, bawa dia main tepi pantai. Dia kalau nampak air..rianglah. Tak sempat suruh, dia dah buka selipar..main pasir. Lepas tu main ombak.

Sedang leka ambil gambar dia main ombak...tiba-tiba ombak besar datang, simbah dia. Habis basah lencun. Dia sukalah..tapi dalam suka tu dia cuak gak kalau kena marah. Dia datang pelan-pelan dia cakap “Pak Andaq tengah buat apa tu”? Muka minta simpati.

Apa lagi..kitapun takutkanlah dia, “Alaa haziq, tadi baru mandi. Nanti Ibu marah.Macamana nie..” Dia terdiam.

Dah habis basah tu, bukakanlah baju dia. Bila bukakan baju dia, dia tanya, “seluar nak buka tak’? Konon-konon dia ingat nak mandilah tu. Nak mandi apanya, towel tak bawa, sun block cream tak da. Naya jer nanti. Badan dia pulak jenis yang sensitive. Bila dah kena cahaya matahari nanti, 2 minggupun tak tentu hilang sun burn. Kecewa juga dia bila tak mandi. Dalam kereta dengan seluar basah dan baju basah...dia duduk diam-diam. Mungkin dia minta simpati Pak Andaqnya untuk benarkan dia mandi atau main air lagi, ataupun dia takut ibunya marah. Tak dapat nak baca apa dalam fikirannya ketika itu. Tapi sedih juga bila apa yang dia nak tak dapat tunaikan.

Sampai rumah, ceritakan kat ayah dan ibunya....Ibunya gelak besar. Haziq tengok ibunya gelak, dia cakap.. “Ibu tak maraah ke”?

Nak marah apanya...dah namapun budak-budak...layan jer laaa.....

Tengoklah gambar-gambar di atas...sebelum basah dan selepas basah. 


Update via Fotopages - 18.05.2009





 

No comments: