Tuesday, January 5, 2016

Manisnya Malam Syawal Haziq

Keluarga Haziq di Melaka memang menyambut Syawal mengikut tradisi lama. Masih lagi mengamalkan semangat berkumpul dan bergotong royong sesama ahli keluarga. Penat memanglah penat tapi bila dah dibuat beramai-ramai dan diselang seli pula dengan usik mengusik, semuanya jadi seronok. Nak tahu apa yg famili haziq masak semasa hari mantai?

Rendang kerang 50 kilo, rendang ayam kampung 13 ekor, rendang daging bali 8 kilo, Lemang hampir 40 batang, ketupat nasi 25 bungkus. Itu untuk juadah raya...untuk berbuka puasa pula ialah daging tetel goreng, rebung masak lemak cili padi, udang masak sambal, lala goreng pedas, sup tulang, ikan terubuk masin goreng. Ialah bila dah berkumpul hampir 35 orang, tentulah juadahpun kena banyak. Dah macam buat kenduri. Meriah...

Tema raya kali ini ialah Manisnya Syawal. Jadi untuk menghidupkan dan mengeratkan silaturrahim, setiap ahli keluarga tak kira besar dan kecil perlu menyediakan hadiah. Jadi malam raya, selepas semua kerja selesai maka berkumpullah semua untuk bertukar-tukar hadiah. Pengacara yg dipilih ialah dua orang sepupu haziq iaitu Mohd Nabil dan Norhasnina. Pengacara setiap tahun bertukar-tukar. Ini untuk membina keyakinan diri mereka berhadapan dan bercakap depan orang ramai.

Tengoklah haziq mendapat pasangan bertukar hadiah dengan dua pupunya si Danish Danial. Selain dari bertukar hadiah, ada juga acara melibatkan pasangan ibu dan anak saudara, pasangan ayah dengan anak saudara dan acara kanak-kanak bawah 12 tahun. Tapi tak dapatlah nak ditayangkan semuanya sebab inikan fotopages haziq. mana yang berkenaan dengan haziq ajelah yg dapat di muatkan.

Lepas acara sukaneka, tibalah pula acara kesukaan kanak-kanak iaitu bermain bunga api. Walaupun diberikan bunga api, tapi semua mata perlu mengawasi kanak-kanak bermain bunga api untuk mengelakkan dari kejadian tidak diingini. Untuk itu pengawasan orang dewasa amatlah penting. Tengok sajalah bagaimana ibu si haziq mengawasi haziq. Bila dah ramai-ramai tu macam-macam benda boleh terjadi.

Alhamdulillah..tiada benda buruk berlaku. Sepupu-sepupunya yang dah besarpun seronok bermain bunga api...malah mak dan pak sedara haziqpun turut sama memerhatikan bunga api merdeka meletup diruang angkasa rumah nenek haziq.

Apa pula kisah haizq di pagi Syawal? Ok...lepas ni, kita tengok pula bagaimana Haziq dengan baju melayu barunya sambil bermaaf-maafan danl mengumpul sampul raya...tungguuu....


Update via Fotopages - Jumaat 10.10.2008

(Video melebihi limit, sila layari link di bawah)

https://youtu.be/S9P3ImMLBws



No comments: