Tuesday, January 5, 2016

Pic Persembahan Haziq

Entry lepas ada tulis tentang haziq membuat persembahan, tetapi tiada gambar untuk di upload. Maka untuk entry kali ini, di uploadkan gambar-ganmbar yang sempat dirakamkan oleh ibu haziq. Untuk pengetahuan, Hanya haziq saja pelajar berumur 4 tahun yang buat persembahan. Ada lagi seorang yang terpilih tetapi tidak mahu menyertai pada saat-saat akhir.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan tadika Zon Pintar yang memberi kepercayaan kepada haziq untuk menyertai acara nyanyian tersebut.

Jom tengok gambar-gambar Haziq pada persembahan tersebut... 


Update via Fotopages - Isnin 30.11.2009



 

Haziq Meraikan Graduan

Haaa...bukan apapun, sebenarnya, baru-baru ini, tadika tempat haziq belajar telah mengadakan majlis graduasi untuk pelajar-pelajarnya yang akan beralih ke sekolah rendah di sebuah hotel. Haziq dan kawan-kawannya telah dipilih untuk mengadakan persembahan nyanyian. Lagi yang dinyanyikan ialah Jong Jong Inai.

Entahm macamanalah dia menjerit dalam ramai-ramai tu. Agaknya suara dia paling lantang. Tapi yang kesiannya, si haziq ni nak pakai jubah graduasi. Mana boleh, kena tunggu lagi 2 tahun barulah dia dapat pakai. Sabar ye haziq...tak lama lagi tu.

Sekarang ni, kalau berwebcam...ibunya tak dapat nak onkan cam. Sebabnya macam2 aksi dia akan buat kalau dia nampak muka neneknya, maklongnya dan sepupunya yang lain. Kalau dia dah mula bising...alamatnya si Aisyah akan terjagalah dari tidurnya.

Minggu depan haziq dan keluarga akan menyambut Hari Raya Haji Di Melaka. Kebetulan sepupunya akan mengadakan majlis aqiqah pada 29.11.2009 nanti. Maka riuh rendahlah nanti dia bermain Play Station 2 dengan sepupunya nanti. He he he... 


Update via Fotopages - Selasa 21.11.2009



Inilah Keluarga Haziq

Sebelum inipun dah ada pic keluarga Haziq yang diuploadkan di sini. Oleh kerana dah bertambah seorang lagi ahli baru iaitu Wan Aisyah, maka pic ini adalah yang paling terbaru.

Mengikut cerita ibunya, berkali-kalilah juga nak merakamkan gambar ini. Bila Aisyah dah bagi pose yg menarik, Haziq pulak buat lawak dengan memek mukanya. Bila haziq dah ok..Aisyah pula meragam. Berkali-kalilah juga posing...sehinggalah dapat gambar ini...


Update via Fotopages - Selasa 17.11.2009




Cergas, Bebas Dan Kuat

Haziq memang tak reti nak duduk diam. Baginya, kalau tidur tu satu kerugian. Seboleh mungkin dia akan paksa dirinya sentiasa berjaga. melainkan kalau dia dah betul-betul penat...barulah dia akan lena tak kira waktu. Tapi tidurnya bukan lamapun. kalau dia tidur lama...itu namanya syukur Alhamdulillah. Dia renyah....

Bila dia berjaga...dapat lepas bebas, baginya itulah masa yang paling menyeronokkan. Dia dapat melakukan apa yang dia suka. Tapi kena awasi selalu. Dia belum tahu apa yang elok dan tidak. Semua dia nak cuba. Dia belum dapat mengagak bahaya yang akan datang. Jadi, bila dia lepas bebas bermain, maknanya kita perlu lebih waspada dan hati-hati dengan pergerakannya.

Itulah sebab kening dia dah bertanda....pipi dia dah bertanda. Jadi untuk beri dia bermain sorang-sorang di taman permainan...kena fikir banyak kali.

Tapi, bila dia dapat lampu hijau bermain di taman permainan...dia memang sukalah. Tapi, seberani beraninya dia...bila dia bermain di tempat yang tiada orang...dia cuak juga. terutamanya bila nak masuk dalam papan gelungsur yang bertutup. Dia paling takut bila dia keluar di hujung terowong nanti, orang yang jaga dia masa bermain tu takda. Mahu dia melalak nanti. Jadi yang kelakarnya, setiap kali dia nak main gelungsur, sebelum dia betul-betul mengelungsur, dia akan jengahkan kepalanya nak tengok supaya orang tak tinggakan dia. Dua tiga kaliler dia jengah. Itu bermakna dia masih memerlukan orang yang dia kenal dan percaya untuk selalu berada di samping dia. Barulah dia rasa selamat dan dilindungi. Itu adalah fitrah semua budak-budak.

Inilah antara pic yang sempat dirakam... 


Update via Fotopages - Sabtu 07.11.2009




Haziq Menjelajah Melaka

Kesempatan cuti panjang ketika ibunya berpantang di kampung telah memberi peluang untuk Haziq mengenali negeri kelahiran ibunya...Melaka.

Bertemankan sepupunya si Najwan, Aman, Nabil dan Nazirah..maka bermulalah penjelajahan si Haziq. Tempat yang mula-mula sekali dia pergi ialah...menaiki bot menyusuri sungai Melaka. Memang betul-betul excited dia. Tak duduk diam. Satu bot dia nak pusing...bukannya apa..takut dia je jatuh dalam sungai. Tak ke naya....

Lepas tu bawa dia bersiar ke bangunan merah atau Stadhuys. bermandikan cahaya lampu limpah yang menerangi persekitaran...suasana malam bertukar siang. Nasib baiklah air pancut tak dibuka malam tu. Kalau tak...lagilah si Haziq teruja..dia dengan air macam tak boleh dipisahkan. Suka sangat dia main air. Tapi bila mandi...pantang dia jirus kat muka. Dia akan rasa macam lemas. Jadi bila dia kena mandikan...dengarlah dia menjerit lam bilik air....he he he.

Olehe kerana air pancut di situ tak buka, dia nak pergi tengok air pancut beirama di tepi sungai Melaka. Dia tahu tempat tu sebab pernah pergi dulu. Jadi dia nak pergi lagi..dia suka kena tempias air pancut tu bila ditiup angin. Kuyup pun dia tak kisah.

Lepas tu, Haziq tengok pula tarian poco-poco oleh polis pelancong di situ. Menarik dan menghiburkan. Tapi si haziq dah mula letih...dia dok tanya bila nak balik....dah mengantuk. Jenuhlah nak mujuk dia. Dalam perjalanan balik..dia tertidur. Bila dikejutkan untuk makan di restoran..dia tak nak..dia nak balik jugak.

Puas pujuk...barulah dia beralah. Tapi bila dah sampai rumah...mata dia dah tak mahu tidur. Macam-macam aksilah dia buat. He he he 


Update via Fotopages - Ahad 01.11.2009




Haziq & Playstation

Masa raya tu hari, ayah Haziq telah belikannya Play Station 2. Bukannya apa. mana2 jer si Haziq pergi, terutamanya rumah sepupunya...tentu dia org syok main game. Jadi secara tak langsung telah mempengaruhi si Haziq ni.

Bila dah dapat Play Station, tak sabar-sabar pula dia nak main. Macam dah takder istilah hari esok dah. Malam tu (lepas beli) dia nak main. Nasib baiklah berjaya dipujuk oleh ayahnya. Tapi bila dia bangun je pagi...benda pertama dia nak ialah...nak main Play Station. Layan jer lah...

Yang syoknya, dia tak dapat nak pastikan lagi samada control di tangannya berfungsi atau tak. Kalau dok bohong yang kita sedang lumba kereta dengan dia....padahal kita main secara sendirian berhad...dia tak dapat kesan lagi. He he he...

Tapi, yang selalu menjadi mangsa nya untuk bermain ialah ibunya. Dan bila dah main bersama tu, dia pulak bagi 'free tutorial' ajar ibunya nak tekan mana.

Si haziq ni pula perangainya agak ganas dengan harta benda sikit. Belum tahu nak sayang dan guna pelan-pelan. Harap-harap jangkahayat Play Station dia nie lama sikit. Tapi yang bestnya, si Haziq ni cepat belajar. Sekali dua kita dah ajar buka, tekan mana...dia dah boleh ingat...tapi cara dia buat tu...agak ganaslah. Tak reti dia nak buat step by step. Dia bantai redah jer....hehehe


Update via Fotopages - Ahad 25.10.2009






Selamat Datang Wan Aishah

Inilah gambar-gambar Wan Aishah dari dilahirkan sehinggalah berumur hampir 3 bulan. Semoga Aishah juga mendapat yang terbaik dari kedua ibu bapanya sebagaimana si Haziq.

Mulai dari sekarang, Haziq perlu belajar berkongsi segala-galanya dengan Aishah.... 


Update via Fotopages - Sabtu 10.10.2009

 

Transisi Raya Haziq

Haziq mula beraya pada tahun 2005 lagi. Tapi ketika itu dia masih lagi baru dilahirkan. Jadi ibunya 'berdendam' untuk melaram Haziq pada raya tahun berikutnya..iaitu raya 2006. Jadi inilah gambar raya haziq dari tahun 2006 - 2009.

Dari tema warna hijau (2006), putih (2007), biru (2008) dan coklat pada tahun 2009. Tapi untuk raya 2009...haziq dapat beraya dengan adik barunya iaitu wan aishah.....

Semua gambar raya ini diambil di kampung Masjid Tanah, Melaka. 


Update via Fotopages - Sabtu 10.10.2009

Model Syawal

Tahun ini Haziq beraya di kampung 2 hari. Malam raya kedua barulah dia bertolak ke kampung sebelah bapanya di Kedah. Lagipun neneknya di Kedah dan mak serta pak sedaranya di sana belum lagi berkesempatan tengok orang baru..Wan Aishah.

Di Kedahpun si Haziq menjadi perhatian. Masa konvoi raya, dia tak mahu naik Naza Citra ayahnya...tapi nak naik Kia Sportage Pak Andaknya di Kedah. Kirakan dia nak bertukar angin dan selera. Beraya sakanlah dioa di Kedah.

Dalam perjalanan balik ke Johor dari Kedah, Si Haziq singgah semula di Melaka dan tidur semalam untuk meneruskan aktiviti berayanya. Kebetulan pula Pak Itam sepupunya masih lagi bercuti di kampung dan asyik dengan aktiviti mengambil gambar raya...jadi dia jadikanlag JHaziq ssebagai sasaran objeknya.

Kalau nak diikutkan...si Haziq ni dah tak macam dulu lagi bila disuruh bergambar....kena ikut mood dia. Tapi entah macamana angin dia baik pada waktu tu, maka terhasillah gambar-ganbar yang menarik ini.

Inilah gambar-gambar terbaru Haziq sumbangan Pak Itamnya yang memang arif dalam hal photografi. 


Update via Fotopages - Sabtu 10.10.2009 






 

Salam Aidilfitri 2009 Dari Haziq & Keluarga

Salam....dan tidak terlambat nak ucapkan selamat hari raya...

Sudah lama tak update fotopages ni....bukan dah lupa atau tiada materials, tapi tidak berkesempatan dan kekangan kerja yang macam tak pernah nak habis.

Ok...kita bercakap pasal si Haziq pula. Dah semakin besar dan lincah dia sekarang ni. Pada 9.9.09 tu hari..genaplah umur dia 4 tahun. Oleh kerana jatuh pada puasa...maka sambutannya dilakukan pada malam raya bersama dengan sepupu, paklong dan saudaranya yang menyambut hari lahir pada bulan September 2009. Dah pandailah dia potong cake....

Adik si Haziq pun dah pandai nak bermain bila ada orang dok melayan. Betullah jangkaan...nama yang dipilih ialah nama yang si Haziq nak..iaitu Wan Aishah. Adalah dia kawan sekarang nie. Cukup dia sayang pada adiknya...tapi masa mula-mula dulu ada juga rasa cemburu dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya....tapi bila dia rasa tak di abaikan....dia semakin memahami bahawa kasih sayang itu tidak terhad untuk dia sorang sahaja..malah dalam diri dia juga sudah tumbuh rasa kasih dan sayang pada adiknya...

Haa...macam-macam insiden sepanjang dia temankan ibunya berpantang di kampung....nanti akan diceritakan kemudian.....Oleh kerana masih lagi dalam bulan Syawal....jadi cerita kali ini berkisar tentang si Haziq beraya.

Tahun ini...Haziq beraya di kampungnya di Melaka. Bila sebut nak raya..awal-awal puasa lagi dia dah sibuk nak raya. Dia dah mula faham erti Raya secara amnya. Bila suruh puasa...jawapannya "Haziq tak boleh puasa..Haziq dah kenyang". Kekeke...maknanya dia dah minum lah tu..nak puasa camana?!!!

Malam raya..dia sukalah..sebab ada sessi bertukar hadiah dikalangan ahli keluarga dan sessi bermain bunga api disamping sambutan birthday anggota keluarga yang lahir pada bulan 9.

Pagi..raya diapun turut serta bermaaf-maafan. Kalau dulu, dialah paling kecik....tapi sekarang ini ada adiknya dan anak buah sepupunya yang baru lahir dalam bulan puasa dulu. Jadi ada pertambahan 2 anggota baru iaitu wan aishah dan qaseh khalishah menjadikan anggota keluarga Haziq semakin besar.

Ok..jom kita tengok pic-pic raya si Haziq.... 


Update via Fotopages - Sabtu 10.10.2009


 

Haziq Dapat Adik Perempuan

Pada 16/07/2009 lebih kurang pukul 6.00 pagi, lahirlah adik si Haziq yang comel lote. Haziq dapat adik perempuan. Begitu teruja dia nak jumpa adik perempuannya bila dia tahu baby dah ‘keluar’ dari perut ibunya.

Haziq asyik nak cium adiknya. Dia usap kepala dan pipi adiknya. Buat sementara ini tiada lagi perasaan cemburu pada dirinya. Semuanya ok, malah dia kelihatan amat menyayangi adiknya yang dipanggilnya Aishah. Tapi nama rasmi yang diberi belum diketahui lagi.

Semasa ibunya dalam bilik bersalin lagi Haziq asyik dok tanya mana ibunya. Ialah, dah dia tak dapat lihat ibunya...jadi dia rasa rindu nak jumpa. Bila dia nampak orang lain keluar dari bilik bersalin dengan katil beroda dia jadi takut. Dia tak mahu ibunya dibawa di atas katil beroda tersebut.

Bila dia tanya ayahnya baby dah ‘keluar’ ke belum..., ayahnya kata belum. Ayahnya suruh haziq banyak-banyak berdoa dan secara spontan dia mengangkat tangan sambil berdoa yang bunyinya...”Sembuhikanlah ibu...bagikanlah baby cepat keluar”. Berulang kali juga dia berdoa. Akhirnya doa haziq dan semua dimakbulkan bila ibunya selamat bersalin melalui pembedahan dan baby girl yang lahir sihat dan comel.

Kebetulan ada tag kelahiran pada kaki baby, jadi dia ingat itu macam plaster tampal sakit. Bila ayahnya balik pada malamnya dia tanya ayahnya yang baby dah sihat lom. Dia tanya juga yang ‘benda’ kat kaki baby dah buka lom. Bila ayahnya kata baby sihat.....si haziq terjerit-jerit “Yea..yea...baby dah sihat...yea..yea baby dah sihat”.

Gelagat dia sepanjang di hospital memang lah menarik perhatian orang. Kepetahannya, kelincahannya yang tak reti nak duk diam walau seminit dan keramahannya yang tak takut pada orang mencuit hati. Nak kawal dia bila dia bebas lepas memanglah sukar dan perlu ada caranya. Kena cakap perlahan-lahan, kena janji nak bawa pergi taman permainan barulah dia nak dengar cakap sikit. Itupun sekejap jer.....he he he

Sekarang ni dah adalah kawan untuk haziq bermain-main nanti. Apapun diucapkan Selamat Datang kepada ‘Wan Aishah’. Semoga menjadi anak yang cemerlang dan solehah. insyaAllah.... 


Update via Fotopages - Jumaat 17.07.2009





 

Susu Sikit, Milo Banyak

Semalam (13/07/09) Ibu Haziq sudahpun masuk wad menunggu masa sahaja untuk bersalin. Haziq memang teruja nak dapat adik. Jantina adiknya belum diketahui lagi tapi si Haziq dah ada nama untuk adiknya yang bakal lahir. Kalau perempuan dia nak namakan Wan Aishah dan kalau lelaki dia nak namakan Wan Hafiq. Tak tahulah kalau ayah dan ibunya akan gunakan nama yang dicadangkan oleh si Haziq ni. Tapi kalau mengikut citarasa ayahnya, memang nama yang pendek dan ringkas menjadi pilihan. Apapun kita tungguuu...

Oleh kerana malam tadi ibu Haziq dah ditahan wad, maka dirumah neneknya si haziq dok tanya-tanya juga mana ayahnya tak balik-balik. Jadi kenalah layan supaya dia tak ingat sangat ayah dan ibunya. Layanlah dia main game dekat komputer yang dibawa khas dari rumahnya di Johor.

Bila ayahnya balik...dia jerit keriangan dan panggl ibunya. Bila ayahnya terangkan yang ibunya kena duduk hospital, barulah dia faham.

Dalam pukul 10.30 malam dia mula minta minuman kegemarannya. Selalunya dia minta kat ibu, tapi malam tadi dia minta dekat ayahnya. Dia kalau minta susu mesti dengan special requestnya. "Ayah..nak susu...susu sikit, milo banyak". Itulah dia punya order tiap-tiap malam....

Apapun kita doakan agar ibu Haziq selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel....

Jom layan pic-pic Haziq dengan komputernya yang dibawa khas dari JB. Dia sedang tengok filem kesukaannya Syurga Cinta..... 


Update via Fotopages - Selasa 14.07.2009



Haziq Yang Bebas

Bila dah duduk kampung teman ibunya bersalin nie, Haziq barulah diberi kebebasan untuk keluar bermain di halaman rumah. Kalau di rumahnya di Johor Baharu, dia tidak bebas lepas. Segala-galanya dalam rumah. Tapi bila di kampung dia 'dilepaskan'.

Bila dah bebas tu. macam-macamlah yang dia nak cuba dan macam-macam oranglah yang dia jumpa. Dia selalu pergi rumah nenek saudaranya di sebelah rumah. Sebab ada abang sepupunya yang rajin melayan, maka dia rajinlah juga 'mengacau' abang sepupunya tu.

Bangun je tido, dai dah suruh ibunya buka pintu. Dia nak pergi ke rumah sebelah nak jumpa abang sepupunya tu. Sampaikan dia tak ingat nak balik makan. Sebab ada orang melayan, diapun sukalah. Pergi jalan, makan, main semuanya dengan abang sepupunya (Di panggil abang Erin).

Abang sepupunya tu dah besar panjang. Dah berumur 20 tahun. Kebetulan ada dirumah sebab cuti belajar, itulah yang si Haziq suka pergi rumah nenek saudaranya tu. Ada kawan baru yang rajin melayan dia. Diapun naiklah tocang sikit. hehehe

Sampaikan ayahnya telefon nak bercakap dengan diapun dia tak mahu. Asyik sangat dia dengan abang Erin nya. Kalau beli apa-apa mesti dia nak dua. Dia nak kongsi dengan abang Erinnya. He he he...Ibunyapun dah tak boleh nak cakap apa dah. Bila ibunya marah, Haziq kata "pagi-pagi tak boleh marah...pagi-pagi kena senyum".

Tapi bila dia dah terlampau aktif tu, batuk dan selsema mulalah datang. Bila dah batuk dan selsema...asmanya mudahlah menyerang. Bila malam tak dapat tidur. Kesian tengok dia. Apapun didoakan semoga kesihatannya baik selalu.


Update via Fotopages - Sabtu 11.07.2009





Haziq Di Kampung, Ibunya Di Melaka..

Haaa....sekarang ni Haziq 'bercuti/ di kampung ibunya di Melaka. Kenapa bercuti? Hehehe...ibunya menunggu saat-saat kelahiran anak no 2...adik si haziqlah. Jadi, sekarang ni dia cuti dari bersekolah tapi masa dia balik tu hari, dia dah tunjukkan kerja-kerja sekolah yang dia kena buat.

Semua buku, vcd yang dia minat dan satu set computer telah dibawa balik ke rumah neneknya. Bukan apa, kalau tak dibawa komputernya tu, nanti dia akan kacau orang lain tengok TV. Ayik nak tengok saluran ceria dan nak tengok vcdnya berulang kali. Antara cerita yang dia minat dan tengok berulang kali ialah Syurga Cinta dan Sifu & Tonga.

Sebelum cerita lebih lanjut lagi, keputusan peperiksaan dia baru-baru ini sangatlah membanggakan. Harap-harap akan kekal begitu.....


Updatye via Fotopages - Selasa 07.07.2009



Optimus Prime Tido...

Pada 28/6/09 (Jumaat) yang lepas, Haziq, ibu dan ayahnya telah pergi menonton wayang. Hajat hati mereka nak menonton Transformers - revenge of the fallen...tetapi tiket pula tiada. Terpaksalah mereka beli tiket untuk tayangan tengahari esoknya.

Alang-alang dah nak tengok wayang, merekapun belilah tiket filen Jangan Pandang Belakang Congkak. Si haziq beria-ialah tengok. 2 jam dalam panggung, 2 jam jugalah dia siuman. Duduk dan tekun tengok cerita tu.

Esoknya sebelum dia pergi tengok Transformers, dia telefon pak Ndaknya. Dia kata nak pergi tengok TV besar. Pak Ndak tak boleh ikut sebab jauh. Kerusi nak duduk takda. Itu katanya. Wah, bukan main eksen dan teruja lagi dia nak pi tengok...

Tapi, yang jadi..belum pun setengah cerita...dia dah tido. tengoklah gambarnya di bawah tu. Mungkin dia boring dan tak faham. Kekekekeke....Nanti tengoklah Ice Age 3. Sure Haziq seronok...atau beronok-ronok..atau 3 ronok. Kekekekekek..


Update via Fotopages - Rabu 01.07.2009

 

Lu Pikirlah Sendiri....

Wah, lama dah tak update fotopages Haziq ini. Bukannya apa, maklumlah, kadang-kadang tu ada saja halangan. Bila ada masa pula, material/gambar pula takda. Apapun, fotopages ini akan cuba di kemaskini dari semasa ke semasa.

Sekanag ni Haziq dah pandai nak melawa. Kalau ber webcam dengan maklongnya, dia betul2kan rambut dulu. Sukalah dia kalau nampak sepupu dia si Nabil dan Najwan ada. Alah...geng dia bermain kalau balik kampung.

Bila kebetulan keluarga Mak Langnya ada dirumah Maklong nya, Mak lang nya pun layan berweb cam dengan si Haziq. Dapatlah Haziq berbual dengan sepupunya yang bernama si Aman pula. Kirakan lepaslah rindu dia dengan sepupu-sepupunya yang ramai tu.

Sekarang ni dia suka dengan tag line Raja Lawak si Nabil..."Lu Pikirlah Sendiri". Masa dia mula-mula cakap tu, terpinga-pinga juga..apa benda yang dia menjerit2 tu. Bila diperhalusi..rupa-rupanya dia cakap tu, nak pecah perutlah kena gelak.

Jom tengok gaya macho Haziq... 


Update Via Fotopages - Khamis 25.06.2009



Kampung Boy Rerturns

Kalau dulu...nak ambil gambar si haziq ni cukup senang....sekarang kena tenok mood dia. kena pujuk, cakap elok-elok. Kena 'gula-gula' kan sikit...barulah dia nak bergambar. Tapi kalau nak bergambar, pasti dia nak bergambar dengan ayam neneknya. Entah kenapa dia suka sangat dengan ayam, tak tahulah....ikut kan ajerlah...

Gambar-gambar ni diambil di belakang rumah neneknya. Habis semua pokok dia nak bergambar...dengan serai, pokok pisang dan tumbuhan herba lain. Lepas bergambar, dia tergaru-garu. Rupanya ada kerengge dah merayap kat badan dia. Bila dia nampak kerengge kat betis, dia mulalah gabra semacam..lagipun miang serai semua melekat kat kaki....

Semua gambar-gambar ni di ambil awal pagi...muka Haziq yang masih 'raw' sebab tak mandi....Tang gaya dia....tu jerlah..peluk tubuh.......keh keh keh.... 


Update Via Fotopages - Selasa 26.05.2009



Sepagi Bersama Haziq

Semalam (17/5/09), lepas sarapan ajak Haziq pi beli paper. Wah, bukan main lagi dia mandi dan bersiap. Bila neneknya tanya.. “Haziq nak pergi pekan ke”? Dia jawab “taklah, haziq nak beli surat khabar”. Dia tak tahu yang nak beli suratkhabar tu mestilah kat pekan. He he he....

Dalam kereta, bagi tahu dia yang nak pergi isi minyak dulu. Dia nampak je belang oren dan merah pada bumbung Shell, dia dah tahu... “Tu ha....isi minyak”.

Masuk ke kedai Select, beli paper...dia dah melilau ke tempat air. Dia pilih vitagen warna ungu.

Masa nak isi minyak..dia kata “warna merah tau”. Dia maksudkan pump yang berwarna merah. Tapi bila guna pump hijau, dia macam nak tanya tapi mungkin tak tahu nak mulakan dengan ayat apa.

Lepastu teruslah bawa dia ke Pengkalan Balak. Saja bawa dia jalan jauh sikit supaya ayah dan ibunya dapat releks kat rumah. Dalam kereta dia dah kena air-cond dia macam mengantuk. Tanya dia...“Haziq mengantuk ke?. Kalau mengantuk kita baliklah..tak yah jalan-jalan”. Dia pantas jawab “Tak lah....”.

Bila dia dah nampak laut, dia dah mula gembira semacam. Berhenti tepi, bawa dia main tepi pantai. Dia kalau nampak air..rianglah. Tak sempat suruh, dia dah buka selipar..main pasir. Lepas tu main ombak.

Sedang leka ambil gambar dia main ombak...tiba-tiba ombak besar datang, simbah dia. Habis basah lencun. Dia sukalah..tapi dalam suka tu dia cuak gak kalau kena marah. Dia datang pelan-pelan dia cakap “Pak Andaq tengah buat apa tu”? Muka minta simpati.

Apa lagi..kitapun takutkanlah dia, “Alaa haziq, tadi baru mandi. Nanti Ibu marah.Macamana nie..” Dia terdiam.

Dah habis basah tu, bukakanlah baju dia. Bila bukakan baju dia, dia tanya, “seluar nak buka tak’? Konon-konon dia ingat nak mandilah tu. Nak mandi apanya, towel tak bawa, sun block cream tak da. Naya jer nanti. Badan dia pulak jenis yang sensitive. Bila dah kena cahaya matahari nanti, 2 minggupun tak tentu hilang sun burn. Kecewa juga dia bila tak mandi. Dalam kereta dengan seluar basah dan baju basah...dia duduk diam-diam. Mungkin dia minta simpati Pak Andaqnya untuk benarkan dia mandi atau main air lagi, ataupun dia takut ibunya marah. Tak dapat nak baca apa dalam fikirannya ketika itu. Tapi sedih juga bila apa yang dia nak tak dapat tunaikan.

Sampai rumah, ceritakan kat ayah dan ibunya....Ibunya gelak besar. Haziq tengok ibunya gelak, dia cakap.. “Ibu tak maraah ke”?

Nak marah apanya...dah namapun budak-budak...layan jer laaa.....

Tengoklah gambar-gambar di atas...sebelum basah dan selepas basah. 


Update via Fotopages - 18.05.2009





 

Selamat Hari Ibu....

Semalam sambutan hari Ibu. Dari jauh Haziq telefon nenek dan mak longnya untuk mengucapkan Selamat hari Ibu. Bila dia dah telefon Mak Longnya, mak longnya pun mengusiklah. Mak Longnya minta adik Haziq yang bakal lahir nanti untuk di jaga.

Haziq kata, kalau perempuan, dia bagi Mak Longnya jaga...tapi kalau lelaki, dia nak jaga sendiri. Wah, beria-ia dia tunggu kelahiran adiknya.

Sekarang ni, dia sibuk dengan persekolahannya. Belum ada gambar terbaru untuk dikongsikan di sini..cuma gambar kek untuk sambutan Hari Ibu dan Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Mak Long Haziq yang sudah masuk ke 28.

Selamat Hari Ibu Semuaaa.... 


Update Via Fotopages - Isnin 11.05.2009

Haziq Dapat Kompang

Dulu kan pernah cerita yang haziq ni minat tengok orang berkompang....habis tin biskut dia buat kompang sambil mulut berbunyi "Pak Pung..Pak Pak Pung".

Sebabkan semangat dia tu, ayahnya telah belikan dia kompang. Bukan main seronoklah dia. Bila nenek dia telefon, dia pun ambil kompang dan pukul. Suruh nenek dia dengar dia main kompang. Bersemangat dia cerita tentang kompang barunya.

Itu 2 minggu dulu. Sekarang ni tak tahulah macamana riwayat hidup kompang tersebut. Masih dalam keadaan baik, ataupun sebaliknya. belum dapat dipastikan lagi. Layan jer laaa...

Ini pun koleksi gambar semasa family day tu hari.... 


Update Via Fotopages - Rabu 22.04.2009