Dah hampir dua minggu cuti sekolah bermula..Hmmm, apa agaknya aktiviti si Haziq ek?! Oleh kerana tidak mahu dia leka dengan tv 24 jam, maka ayah dan ibunya telah menghantar Haziq ke Kem Tahfiz di sekolahnya. Oleh kerana Haziq ni memang suka berkawan, jadi memang dia nak sangat-sangatlah.
Selain dari itu, aktiviti Tae Kwan Do nya berjalan seperti biasa. Baru-baru ini dia telah menyertai satu pertandingan di Simpang Renggam. Dalam 3 perlawanan yang dia masuk..2 dia menang dan satu kalah. Kalah tipis. Walau bagaimanapun berjaya juga dia meraih gangsa.
Kali ini Haziq sedikit kecewa bila kalah. Mungkin sebab dia dah beri sepenuh tenaga pada kejohanan kali ini atau sebab dia nakkan habuan dari ayahnya?
Bila ibunya tanya kenapa dia bersedih....dia jawab "Nanti Haziq tak dapat minta apa-apa kat ayah".
Kah kah kah....mungkin kalau menang dia boleh minta hadiah dekat ayahnya.
Ada banyak lagi pertandingan pada masa hadapan. Mana tahu salah satunya nanti haziq akan menjadi juara. Yang penting jangan pernah putus asa.
(Update via Fotopages - Rabu 21.11.2012)
Wednesday, February 10, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment