Wednesday, February 10, 2016

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri dari Haziq & keluarga. Tahun ini Haziq dan keluarga beraya di Melaka. Seronoklah Haziq dapat berkumpul dengan saudara maranya. Lagi seronok bila dia berpeluang melihat ayahnya menolong Pak Long membuat lemang. Part yang paling dia suka ialah bawa lemang yang dah siap di isi untuk dibakar. Hehehe...perkara yang dia suka buat dari dulu lagi.

Tahun ini puasa haziq penuh. Alhamdulillah. Jadi syoklah dia beraya. Tema biru menjadi pilihan haziq dan keluarganya. Perkara yang paling dia tak sempat2 ialah nak main bunga api. Bila cauaca macam nak hujan pada petang raya, dia dah risau. Akhirnya dapat juga dia bermain bunga api.

Pagi raya kedua dia dan kelaurganya bertolak ke Kedah untuk berkunjung ke rumah atoknya dia sana. Tahun ini dia riang bila dapat bermain dengan sepupu disebelah bapanya pula. Hinggakan jari tangannya sedikit melecur terkena bunga api.

Pada hari Khamis, dalam perjalanan pulang ke Melaka semula sempatlah haziq dan adiknya Aishah singgah mandi sungai. Pada hari Khamis Malam sampailah Haziq ke Melaka. Sambung beraya ke rumah Mak Longnya dan sebelah malamnya pula menjamu selera ikan bakar di Pengkalan Balak.

Esoknya pada hari Sabtu petang Haziq dan keluarganya menghabiskan masa mandi kolam di Tanjung Bidara Beach Resort.

Ahad pula, sebelum bertolak balik ke Johor, sempatlah haziq sekeluarga menghadiri majlis pertunangan sepupu Haziq di Alor Gajah. Maka lengkaplah percutian Raya Haziq yang sangat menyeronokkan.

Kesempatan ini Haziq dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan Selamat bertunang pada sepupunya Hazwani. 

(Update via Fotopages - Selasa 28.08.12)






No comments: