Wednesday, February 10, 2016

Sambutan Hari Guru

Tahun ini merupakan tahun ke-2 lah Haziq menyambut hari guru di sekolahnya. Tapi tahun ini istimewa sikit kerana ibunya juga merupakan ustazah disekolah tersebut. Bermakna, Haziq juga kena ucap Selamat Hari Guru buat ibunya.

Seperti biasa, Haziq akan ajak ibu dan ayahnya keluar beli hadiah untuk guru-gurunya. Selalunya dia yang pilih sendiri. Bila dia pilih....tak boleh nak jangka apa yang akan dipilihnya. Kadang2 tu pilihannya macam tak menarik tapi mungkin haziq ada sebab yang tersendiri. hanya dia jer yang tahu kenapa dia pilih hadiah berkenaan.

Tahun ini juga Haziq ada persembahan dengan rakan-rakannya. tengok ajalah gambar tu, dah macam Mufti...hehehe. InsyaAllah, walau tak jadi Muftipun, kita doakan agar haziq akan menjadi seseorang yang berguna pada agama bangsa dan negaranya.
(Update via Fotopages - Jumaat 31.05.13)




 

No comments: