Wednesday, February 10, 2016

Haziq Di Majlis Kahwin Mak Udanya

Haa..inilah gambar Haziq dan sebahagian dari kerabatnya pada Majlis Perkahwinan Mak Udanya di Melaka. Gambar ini diambil pada Malam Berinai selepas dia puas melihat bunga api semasa majlis perarakan.

Haziq memang teruja bila berada di tengah2 keramaian. Dia suka melihat sesuatu yang baru. Dia suka belajar benda yang baru. Nasib baik dia tidak minta untuk dipakaikan inai. Tidak sesuai untuk kanak2 yang bersekolah. Apapun dia leka bila tengok pengantin dipakaikan inai.

Berbanding adiknya Aishah yang lebih suka kepada suasana yang tenang dan tidak crowded. Lebih selesa dengan suasana yang sunyi dan tidak suka mencuri perhatian orang. Aishah cepat bosan.

Apapun, bila masing2 semakin membesar, perkara-perkara ini akan diesuaikan dengan kehidupan mereka nanti. Adaptasi itu perlu untuk disesuaikan dengan keadaan.

(Update via Fotopages - Selasa 05.06.2012)



No comments: