As Salam.... Fuhh....lama tak update fotopages ni. Bukan takder masa...cuma disebabkan beberapa kali buka site ni....dia meragam, tu yang tension sikit. Apapun itu semua adalah alasan...ha ha ha. Haziq...hmmm, masih menjalani kehidupan macam biasa. Kadang2 bila terlalu aktif, tersalah makan atau cuaca yang tak berapa nak elok, asma dia akan 'menyerang'. Mulalah dia batuk2. Semoga penyakit dia ni cepat sembuh dan tak menjejaskan kehidupan kanak-kanak yang sedang dilaluinya. Beberapa bulan lepas, ibu dan ayahnya ada belikan dia Ipad. Kalau dia ada, Aishahpun surelah kena ada juga. Seronoklah dia org bila ada Ipad sendiri untuk main game. Tapi macam biasalah...mula2 dapat jer keterujaannya tu lebih. Bila dah lama...macam ada dan tak jer. Persekolahannya pula berjalan seperti biasa. Cuma beberapa minggu lepas ada terjadi kesalahfahaman bila ada seorang ustazah mengadu kepada ibu Haziq yang Haziq bergaduh dengan rakannya. Lebam jugalah mata rakannya kena tumbuk. Tapi apabila disoal siasat, rupa2nya bukan Haziq yang terlibat. Ustazah dia keliru. Kesian si Haziq yang dah mula nangis bila mempertahankan dirinya tak terlibat. Lega juga ibunya bila Haziq tak terlibat. Dalam usia 8 tahun, Haziq tidak terlepas juga untuk mengikuti perkembangan muzik semasa. Lagu yang sering menjadi siulan dia dan adiknya Aishah ialah lagu dari penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar. Kelakar juga bila dia dan adiknya nyanyi bersama.....ke laut! Dalam usia 8 tahun...Haziq dan adiknya masih lagi 'Hantu Air'. Kalau balik kampong, ayahnya pasti akan mencuri masa untuk membawa mereka berdua mandi di kolam ataupun di pantai. Keseronokan bermain air masih lagi menjadi minatnya. Lebih2 lagi bila sepupu-sepupunya ada dan join bersama. Lagi bergandalah kemeriahan yang dia rasa. Sebut tentang sepupunya...oleh kerana telah didedahkan dari kecil, perhubungan mereka semua rapat. Cuma Haziq bila dah bergurau...kadang2 dia tak dapat nak agak. Sepupu-sepupunya kena tahan sakit jugalah. He He He.... Setiap Jumaat malam, Haziq masih lagi belajar Tae Kwan Do. Ada beberapa siri pertandingan yang dia dah sertai. Pendedahan yang diberikan dari kecil telah membuatkan Haziq semakin berkeyakinan. Walaupun begitu, masih ada lagi sifat rasa bersalah dalam dirinya bila lawannya dalam pertandingan menangis. Ini terjadi pada satu perlawanan di mana Haziq telah menendang muka lawannya dan lawannya menangis. Mungkin disebabkan rasa bersalah...pucat juga muka Haziq. Adat pertandingan biasalah...InsyaAllah lama kelamaan Haziq akan biasa menghadapi situasi seperti ini. Dan yang lebih menarik..kini adiknya Aishah pula dah mula masuk Tae Kwan Do pada usia 4 tahun dan menjadi peserta yang paling muda.... Ok berbalik semula kepada tajuk Hari Ini Dalam Sejarah..., sebenarnya hari ini (19.11.13) pada usia 8 tahun....Haziq akan bersunat. Iyer....hari ini Haziq akan dikhatankan. Semasa entry ini ditulis (9.04 a.m) Haziq sedang menunggu giliran di klinik. No gilirannya adalah No.6. Menurut ibunya, Haziq masih lagi cool. Mungkin perasaan gelisah dan resahnya berjaya diminimakan. Mahu atau tak...lambat atau cepat, Haziq perlu tempuhinya juga. Semoga semuanya dipermudahkan. Selamat Berkhatan Haziq.... (Update via Fotopages - Selasa 19.11.13) | |
Wednesday, February 10, 2016
Hari Ini Dalam Sejarah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment