Wednesday, February 10, 2016

Mandi Manda Di Pengkalan Balak

Kebetulan berada di Melaka, Haziq menggunakan peluang tersebut untuk bermain ombak di Pengkalan Balak dengan sepupunya. Entah kali ke berapa Haziq datang ke Pengkalan Balak pun tak berapa pasti kerana bila berada di kampung, ada kesempatan sahaja pasti ayah dan ibunya membawa Haziq & Aishah bermain air. Maklumlah kedua-duanya pantang jumpa air.

Walaupun singkat sahaja dapat bermain air kerana hari sudah menghampiri senja, tetapi itu dah cukup memadai untuk membuat Haziq riang. Malamnya pula Haziq dan sepupunya menjamu selera ikan bakar di gerai berhampiran situ. Berselera dia makan.

Jom kita tengok aksi-aksinya... 

(Update via Fotopages - Selasa 05.06.2012)




No comments: