Tuesday, February 9, 2016

Graduation Day

Baru baru ni, masa cuti deepavali tu hari, tadika Zon Pintar tempat Haziq belajar telah mengadakan hari graduasi untuk meraikan kanak-kanak yang cemerlang.

Tahniah untuk Haziq kerana pada keseluruhan 4 peperiksaannya dia akhirnya telah menduduki tempat ke-3. Pada entry yang lepas ada mengatakan Haziq mendapat no. 2. itu untuk peperiksaan yang ke-4 nya. Setelah ditambah semua markah pada 4 peperiksaan maka Haziq telah mendapat tempat ke-3.

Mengikut kata ibunya, 2 malam sebelum upacara graduasi tu, Haziq tak dapat lena betul. Dia tak sabar nak naik pentas ambil hadiah dan juga membuat persembahan silat yang dia telah belajar selama 2 minggu. Memang excited.

Sampai masanya pula, masa dia buat persembahan, si ibunya adalah merakam momen-momen indah untuk di kongsi bersama...malangnya si ibu terlupa pula untuk menekan butang 'record'. Lalu bila nak tengok semula, takda rakaman Haziq bersilat.

Hampanya hati si ibu sampai tak tidur malam kerana ralat tak dapat menyimpan saat-saat indah tersebut. Hanya beberapa keping gambar sahaja yang sempat dirakamkan.

Tidak mengapa...mungkin tahun depan, tahun akhir haziq bersekolah tadika dan lagi gempak persembahannya nanti. Atau mungkin adik si haziq si Aishah pula nanti akan buat persembahan bila dia bersekolah nanti. Who Knows!

Apapun, semua keluarga mengucapkan TAHNIAH buat Haziq dan teruskan usaha supaya sentiasa berada di atas.

Jom tengok beberapa gambar yang sempat dirakamkan.... 

(Update via Fotopages - Rabu 10.11.2010)




No comments: