Wednesday, February 10, 2016

Selera Puasa Haziq

Alhamdulillah...sehingga ke hari ini (25 Ramadhan) Haziq masih lagi meneruskan ibadah puasa dan belum ada ponteng lagi. Sepanjang Ramadhan, seleranya sukar dijangka. kadang2 dia dah kenyang makan karipap di Surau tempat dia bersembahyang Maghrib...dia tak makan lagi lauk dirumah. Pada ketika yang lain pula dia suka sangat makan ayam. Hari-hari berbuka dengan ayampun takpa.

Pada tahun ini juga, merupakan tahun kedua haziq menulis sendiri kad raya untuk nenek dan pak ndaknya. Tahun lepas (sila rujuk entry dahulu), masa berumur 6 tahun, tulisannya agak tidak teratur. Tahun ini lebih kemas dan ucapannya juga ringkas dan menampakkan kematangan.

Pada tahun ini juga Haziq menjawab ujian dalam bulan puasa. Mencabar juga, tapi InsyaAllah, semoga Haziq dapat menjawab dengan tenang.

Apapun, kesempatan ini haziq mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Dan Batin kepada semua. Hati2 ketika berada di jalanraya.Semoga semuanya berjalan lancar.

Kita imbas gambar raya haziq pada tahun 2009. He he he. 

(Update via Fotopages - Isnin 13.08.2012)




No comments: